Naikkan gaji pekerja, selesaikan masalah kos sara hidup dan rasuah

Naikkan gaji pekerja, selesaikan masalah kos sara hidup dan rasuah
Majikan, baik di sektor awam mahupun swasta, digesa menaikkan gaji pekerja bagi membantu rakyat menangani masalah kos sara hidup yang tinggi. - Gambar hiasan
SUDAH sampai masanya pihak majikan, baik sektor awam mahupun swasta, untuk mempertimbangkan kenaikan kadar gaji pekerja.

Dengan suasana ekonomi semasa dalam dan luar negara yang kurang menentu, serta masalah kenaikan kos sara hidup, sudah pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kewangan kepada semua pihak. 

Umum juga mengetahui, pihak kerajaan juga sedang giat menjalankan kempen bagi membanteras rasuah.
Begitupun, usaha membanteras rasuah juga boleh dibuat dengan mengenalpasti punca utama seseorang itu terlibat dengannya, seperti gaji yang tidak mencukupi, yang diburukkan dengan faktor keadaan ekonomi atau kos sara hidup yang meningkat.

BACA: Gaji naik, tapi cukup ke?

Mereka juga terdedah dengan pinjaman ah long bagi memenuhi pendapatan mereka dalam menghadapi suasana keadaan ekonomi semasa yang kian mencabar.

Oleh itu, sudah sampai masanya pihak-pihak yang berkaitan untuk duduk berbincang bagi mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan gaji pekerja dalam negara selari dengan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi pada masa kini.


Muzaffar Syah Mallow merupakan Pensyarah Kanan, Fakuti Syariah & Undang - Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
 


Tag: kos sara hidup, barang mahal, harga naik, barang naik, ekonomi, rasuah, kerajaan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.