Tutup

Najib dan Hadi sembah takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah

Najib dan Hadi sembah takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara pemimpin pembangkang yang menzahirkan sembah takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi.

Dalam entri terbaharu di Facebook, ahli parlimen Pekan itu merafak sembah takziah kepada seluruh keluarga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kemangkatan Almarhum.

"Innalillahiwainnailaihirajiun.

"Merafak sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, keluarga, ahli-ahli kerabat diraja dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah.
"Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

"Al-Fatihah."
Beliau turut mendoakan roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.

 

Sementara itu, Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang dalam entri Facebooknya juga turut menzahirkan sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang.

"Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

"Marilah kita mendoakan roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan dicucuri rahmat Allah, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

"Al-Fatihah."


Hadi turut mendoakan agar roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh.

 

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi ini.

Berita kemangkatan tersebut disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pagi ini.





Tag: Najib Razak, PAS, Yang di-Pertuan Agong, Pahang, Parlimen, Kemangkatan, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Belangsukawa, Pemergian, Kehilangan, Sultan, Berjiwa Rakyat, Kerabat Diraja, Keluarga



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.