Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar persaingan politik yang sedang berlaku ketika ini terkawal dan berlangsung secara sihat.
Najib menggesa seluruh rakyat Malaysia yang bertemu rakan taulan ketika menyambut Aidilfitri untuk menganjurkan persefahaman kerana hakikatnya mereka menaruh harapan tinggi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kekal stabil bagi melaksanakan mandat yang diberi.
Walaupun tidak lagi memegang jawatan pemimpin nombor satu negara, Najib tetap mahukan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa perlu bersangka buruk sesama sendiri hanya kerana perselisihan politik antara satu sama lain pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Sehubungan itu, bersempena bulan Syawal ini, beliau mengajak rakyat untuk membuka lembaran baharu dengan melupakan kisah lampau dan saling bermaaf-maafan.
"Memang kita tahu pada masa itu tentunya terdapat perselisihan antara keluarga, rakan dan taulan sehingga ada yang terguris hati.
"Peralihan kuasa yang berlaku sebelum Ramadan berjalan dengan aman dan kita sekarang dipimpin kerajaan yang baharu," katanya dalam satu catatan sempena Aidilfitri di laman Facebook hari ini.
Sementara itu, Najib yang merupakan Anggota Parlimen Pekan menyifatkan Ramadan tahun ini amat berbeza dengan Ramadan terdahulu memandangkan beliau dan rakan-rakan seperjuangannya tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018
Najib Tun Razak berharap agar persaingan politik yang sedang berlaku ketika ini terkawal dan berlangsung secara sihat. -Foto Facebook Najib Razak
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Najib harap persaingan politik berlangsung secara sihat
Najib mengajak rakyat untuk membuka lembaran baharu dengan melupakan kisah lampau dan saling bermaaf-maafan.
FTA Malaysia-Turki buka lembaran baharu hubungan kedua negara - Najib
Najib berkata lawatan keduanya ke Turki itu telah berjaya meletakkan hubungan Malaysia dan Turki ke suatu lembaran baharu.