Masyarakat India perlu bersatu dan memberi mandat yang lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 bagi membolehkan segala usaha pembangunan untuk mereka dapat diteruskan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mahu masyarakat India terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan beliau dan BN untuk membina masa depan yang terjamin bagi masyarakat itu.
"Semua orang boleh cakap, tapi siapa yang boleh buat untuk orang India.
"Siapa yang mempunyai perancangan dan program yang sudah kita laksanakan dan kami akan terus melaksanakannya bagi kaum India, kalau tidak lain tidak bukan kerajaan BN," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-9 Persatuan Makkal Sakti Malaysia di sini, hari ini.
Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib berkata pelbagai usaha dilakukan untuk kesejahteraan masyarakat itu antaranya Pelan Tindakan Masyarakat India yang dilancar awal tahun ini untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka selain pemberian dana terbesar hampir RM1 bilion untuk pembangunan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil.
"Dalam BN kita ada satu pendekatan, yakni mahu BN disokong oleh setiap kelompok masyarakat sama ada besar ataupun kecil. Kita amal dasar bahawa Malaysia boleh maju kalau kita amalkan dasar inklusif," kata Najib.
Perdana menteri berkata masyarakat India harus menolak parti pembangkang yang hanya menabur politik kebencian dan janji kosong.
"Pembangkang mengamalkan politik kebencian, nak jatuhkan kerajaan, tetapi kita percaya dalam politik yang membina masa depan lebih baik kepada semua rakyat Malaysia.
"Sebab itu kita mesti beri keyakinan kepada pihak yang boleh buat sesuatu dan bukannya bergantung kepada cakap-cakap dan janji-janji sahaja. Kita sebagai kerajaan BN... kita telah melaksanakan dan akan terus melaksanakan," katanya.
Perdana Menteri berkata beliau yakin mandat yang lebih besar akan menyumbang kepada kestabilan politik dalam negara dan pada masa yang sama mengurangkan risiko geopolitik.
Dalam pada itu, Najib berkata pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini dan pengukuhan kedudukan Ringgit juga menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap pengurusan ekonomi negara semakin meningkat.
Katanya Malaysia hari ini juga telah mendapat pengiktirafan agensi penarafan antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia dan laporan terbaharunya meletakkan Malaysia sebagai negara ke-23 paling kompetitif di dunia.
"Inilah yang kita mesti pilih. Kita pilih kerajaan yang boleh jamin masa depan kita. Kita nak mandat yang lebih besar kepada BN sebab kita nak bina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia," katanya.
Turut hadir pada perhimpunan itu Presiden Makkal Sakti Datuk Seri R.S Thanenthiran, barisan kepimpinan parti serta 2,100 anggota parti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2017
Najib bersama Thanenthiran (dua, kiri) menyanyikan lagu Barisan Kita pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 Parti Makkal Sakti Malaysia di Dewan Tun Abdul Razak Menara Kembar Bank Rakyat hari ini. --fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira tenang, Datuk Red tunduk sayu lafaz cerai talak Satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).