Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke rumah terbuka Aidilfitri Kumpulan CIMB yang diadakan di hotel terkemuka di ibu negara pada Isnin.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dan Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan turut hadir memeriahkan majlis.

Shahir Omar
ERATKAN SILATURRAHIM: (Dari kanan) Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dan Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak bersama tetamu-tetamu sempat bergambar di majis rumah terbuka Aidilfitri pada Isnin. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Beberapa kenamaan lain seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Tuan Yang Terutama Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.