Sebagai untuk melaksanakan perpaduan rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya terhadap kaum Cina, Barisan Nasional (BN) harus melalui Democratic Action Party (DAP).

Ia merupakan pendapat dari Fui K. Soong, Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Strategic Engagement (CENSE) yang menyatakan individu yang paling sesuai untuk berbincang dengan DAP ialah Najib.

“Kaum Cina telah memilih DAP sebagai suara politic mereka berbanding Malaysian Chinese Association (MCA).

“Jika ingin berhubung dengan kaum Cina, satu mekanisma ialah melalui DAP. Najib seharusnya menerajuinya,” katanya dalam satu temubual bersama astroawani.com.

Fui berkata DAP telah memenangi hati hampir keseluruhan pengundi Cina kerana menggunakan media sosial sebagai satu platform.

“Kempen mereka lebih kepada cara Taiwan. Mereka menggunakan emosi dalam kempen. DAP tahu bagaimana untuk menggunakan nilai sentiment kaum Cina. Jadi keputusannya tidak mengejutkan,” kata Fui.

“Sementara itu, Fui berkata kaum Cina yang mengundi untuk perubahan, tidak mengetahui perubahan yang mereka mahu.

“Mereka hanya inginkan perubahan tetapi tidak mengetahui perubahan yang mereka mahu. Mangsa merasakan ia merupakan mentaliti Cina yang tipikal. DAP berjaya mencapainya,” dia berkata.

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memperlihatkan MCA hanya memenangi enam kerusi parlimen daripada 34 kerusi dipertandingkan dan 10 kerusi dewan undangan negeri (DUN) daripada 90 kerusi dipertandingkan.

Mangsa termasuk Setiausaha Agung MCA dan interim Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut), dan kedua-dua naib presiden MCA yang bertanding Datuk Chor Chee Heung (Alor Setar), dan Datuk Donald Lim Siang Chai (Selayang). Chor adalah menteri interim Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Lim interim timbalan menteri kewangan.

Seorang lagi timbalan menteri yang tewas ialah interim Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung (Kluang).

Kerajaan BN akan melaksanakan proses perpaduan rakyat sebagai sebahagian langkah memulihkan isu perkauman dan pembahagian politik yang berlaku pada PRU13.

Najib berkata pola pengundian membimbangkan akibat peyambungan penentangan terhadap BN kerana kaum Cina mengundi untuk satu pihak dan kaum Melayu untuk pihak yang lain.

BN memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam PRU13 bagi membentuk kerajaan, manakala Pakatan Rakyat (PR) memenangi 89 kerusi.

Sementara itu, Fui turut berkata kepada Astro Awani berkenaan pengundi Cina dan pilihan raya.