Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menarik balik saman fitnah mereka terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik sebuah portal berita berhubung subsidi minyak.
Peguam Ranjit Singh yang mewakili Mohd Rafizi memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rohani Ismail.
Ranjit berkata mahkamah memerintahkan pasangan suami isteri itu membayar kos berjumlah RM20,000 kepada Mohd Rafizi dan pemilik portal ‘Media Rakyat’ Chan Chee Kong selaku defendan dalam kes saman berkenaan.
Peguam itu berkata sepatutnya kes itu ditetapkan untuk perbicaraan minggu hadapan tetapi peguam yang mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah hari ini bahawa kedua-dua plaintif ingin menarik balik saman berkenaan.
Ranjit berkata kedua-dua defendan juga telah menarik balik tuntutan balas terhadap kedua-dua plaintif tanpa sebarang kos dikenakan oleh mahkamah.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah turut mengesahkan kedua-dua anak guamnya telah menarik balik saman terhadap kedua-dua defendan. Prosiding itu turut dihadiri peguam Joanne Leong mewakili Chan.
Najib dan Rosmah memfailkan saman itu pada 16 April 2015, mendakwa Mohd Rafizi, yang ketika itu anggota Parlimen Pandan telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 22 Nov 2014.
BACA: Najib dan Rosmah saman Rafizi kerana memfitnah
Mereka juga mendakwa Chan telah berkongsi rakaman itu di dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia.
Mereka berkata Chan telah gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dengan tidak mengesahkan atau menyiasat kesahihan tuduhan-tuduhan di dalam kenyataan itu sebelum menyiarkannya dan menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah dan kos.
Pada 20 Jun 2017, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Mohd Rafizi dan Chan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembelaan mereka bagi komen yang adil dalam kes saman itu.
Bagaimanapun pada 23 April 2018, Mohd Rafizi dan Chan menarik balik rayuan mereka berhubung pembelaan mereka itu dan Mahkamah Persekutuan kemudiannya membatalkan rayuan mereka.
Ini adalah kali kelima Najib bertindak untuk tidak meneruskan samannya, selepas beliau menarik balik samannya, masing-masing terhadap bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik pada 22 Mei serta Anggota Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong pada 28 Mei berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada 1 Jun lepas, beliau juga telah menarik balik saman yang difailkannya terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung isu sama iaitu 1MDB manakala pada 20 Jun lepas, Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh menarik balik saman fitnah terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd dan dua yang lain berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam portal itu pada 2014.
Dalam perkembangan lain, Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa beliau akan bertindak sebagai peguam di dalam empat Petisyen Pilihan Raya membabitkan kerusi Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dan Parlimen Jempol di Negeri Sembilan serta DUN Telok Mas, Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 26 2018
Mahkamah memerintahkan pasangan suami isteri itu membayar kos berjumlah RM20,000 kepada kedua-dua defendan dalam kes saman itu. - Foto fail
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Break The Siege: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Wartawan Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla di mana Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan Misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024.
Perkembangan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun
Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6.00 petang tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23, 24 Oktober
Pendengaran rayuan Datin Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah di Mahkamah Rayuan ditetapkan dua hari bermula 23 Oktober.
Promoter dipenjara 10 tahun, denda RM6,000
Seorang promoter wanita dihukum penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah air panas ke atas seorang lelaki kurang upaya (sindrom down) dalam kejadian di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas Jumaat lalu.
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi, pemilik portal berita
Mahkamah memerintahkan pasangan suami isteri itu membayar kos berjumlah RM20,000 kepada kedua-dua defendan dalam kes saman itu.
Rio 2016: Peng Soon tetap juara di hati keluarga
"Menang atau kalah, saya tetap bangga dengan pencapaian Peng Soon di pentas Olimpik," kata bapa kepada pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon.