Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini tertanya-tanya di mana 'pendrive' yang selama ini didakwa Charles Morais iaitu adik kepada Kevin Morais mengandungi bukti kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahupun SRC International.

Najib berkata, tiga tahun lalu, Charles tiba-tiba muncul di Malaysia setelah bertahun-tahun tinggal di Amerika Syarikat.

Menurutnya, Charles mengadakan sidang media dan menyatakan bahawa beliau telah membuat Surat Akuan Sumpah dan mendakwa ada padanya satu 'pendrive' didakwa diterima dari Kevin dan mengandungi bukti-bukti kes 1MDB dan SRC International serta bukti mengapa Kevin dibunuh.

“Selepas membuat sidang media tergempar ini, Charles terus menghilangkan diri dan keluar dari Malaysia. Sama seperti kes pembunuhan Hussain Najadi, Lim Kit Siang antara orang pertama yang cuba mengaitkan saya dengan pembunuhan Kevin Morais, katanya dalam perkongsiannya di laman sosial Facebook peribadinya, hari ini.

“Selepas itu, Kit Siang turut membuat kenyataan media yang bertajuk Call for an international investigation into the murder of DPP Kevin Morais following the shock statutory declaration by his brother Charles who raised many disturbing questions di mana Kit Siang mendakwa bahawa pembunuhan Kevin Morais ada kaitan dengan 1MDB/SRC,” katanya lagi.


“Persoalannya kini ialah di mana pendrive itu? Selepas tiga tahun ia masih tidak ditemui.

“Jika menggunakan WhatsApp atau Google Drive, tak sampai 30 minit untuk kandungan pendrive ini tiba di Malaysia,” katanya.

Najib turut tertanya-tanya siapakah yang mendorong Charles untuk mengupah peguam dan membuat sidang akhbarnya pada masa itu?

“Kit Siang dan DAP juga antara yang paling pantas untuk mengaitkan pembunuhan Teoh Beng Hock kepada BN dan saya,” katanya.

“Tetapi sampai hari ini, saya tidak tahu apa keuntungan untuk kerajaan BN ataupun saya jika saksi yang mungkin mempunyai bukti terhadap rasuah pemimpin DAP dibunuh?

“Pagi ini, Kit Siang mengeluarkan kenyataan lagi untuk membalas saya. Dia pusing-pusing ke seluruh dunia termasuk ke WSJ, Japan, South Korea, Singapore and Taiwan dan ke Amerika Syarikat tetapi tidak lagi berani untuk menuruskan panggilan beliau hari itu untuk kerajaan PH melaksanakan siasatan khas untuk kes-kes pembunuhan ini.

“Ini soal keadlian untuk nyawa 4 orang, YB Kit Siang. Jangan main-main dan pusing-pusing lagi,” tegasnya.