Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Datuk Seri Shahril Mokhtar akan menamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember ini.

Serentak itu, syarikat berkenaan memaklumkan Datuk Najmuddin Abdullah akan dilantik sebagai Pemangku CEO dan akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan mengumumkan pelantikan CEO baharu.

Najmuddin yang juga adik kepada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan telah berkhidmat dengan MRT Corp sebagai pegawai tertinggi syarikat itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Shahril, beliau terharu dan berbangga mengendalikan syarikat itu untuk beberapa tahun ini.

"Saya akan menghargai setiap detik saya berada di MRT Corp, terutamanya detik-detik kemuncak seperti pembukaan Laluan Sungai Buloh-Kajang, dan pelancaran MRT Laluan Sungai-Buloh-Serdang-Putrajaya," kata beliau.

Shahril dilantik sebagai CEO MRT Corp pada 5 Januari 2015 dan telah melanjutkan kontrak perkhidmatannya hingga ke 31 Disember 2018.