Seorang pemandu treler nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terjatuh dari Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang pada 11.30 pagi Isnin, ketika cuba mengelak dua ambulan yang melalui jalan yang sama.
Pemandu treler Mohd Fariz Ridzuan Mahmood, 41 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun treler dipandunya itu jatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter.
Menurutnya, ketika kejadian, kenderaan lain bergerak perlahan dan tiba-tiba terdapat dua ambulan hendak melalui laluan yang sama.
Dia kemudian cuba ketepi bahu jalan untuk memberi laluan kepada ambulan tersebut namun gagal dikawal lalu jatuh ke bawah jambatan itu.
"Kereta lain brek secara mengejut sebab nak beri laluan pada ambulan. Saya pun brek juga tetapi tahu lah, lori berat," kata Mohd Fariz.
Menurut seorang saksi, Mohd Rizal Mohammad Rosli berkata, dia yang sedang makan di kedai seberang jalan mendengar dentuman kuat dan terkejut apabila melihat keadaan treler yang jatuh terjunam dari jambatan yang tinggi.
"Ketika di kedai, saya terdengar satu rempuhan kuat di pagar jambatan Sungai Pahang ni sebelum nampak treler jatuh. Jika tengok pada fizikal treler ni agak teruk tetapi pemandu selamat," katanya.
Mohd Rizal berkata dia bergegas ke tempat kejadian dan terus menghubungi pihak polis dan bomba.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata, pemandu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk pemeriksaan lanjut.
"Treler ni jatuh di pinggir jambatan dan bukan di atas jalan raya, jadi buat masa ini, pemandu pun selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang belaku.
"Kita akan siasat dan buat pemeriksaan dan ujian pemandu treler berkenaan," katanya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu akan diambil ujian air kencing dan darah.
Mohd Zalani Md Atan
Mon Jan 08 2018
Keadaan treler yang terbalik selepas merempuh pagar Jambatan Temerloh pagi tadi. - JBPM Pahang
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Nak beri laluan, treler jatuh jambatan
Seorang pemandu treler nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terjatuh dari Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pagi tadi ketika cuba mengelak dua ambulan yang melalui jalan yang sama.
Tiada 'double standard' punca kereta peronda PDRM diapit
Kenyataan Perbadanan Putrajaya susulan sekeping gambar kereta polis yang diapit di Putrajaya tular di media sosial semalam.