Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 901 kilometer (km) ke barat laut dari Kudat, Sabah.
"Berdasarkan pencerapan pada 2 petang ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 505 km ke timur laut dari Ho Chi Minh, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam.
"Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai sehingga 108 km sejam," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019
MetMalaysia mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
20 rumah rosak dibadai ribut
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Amaran angin kencang, laut bergelora di Laut China Selatan - MetMalaysia
Amaran dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku pada 10 hingga 13 Februari.
Ribut Pia: Penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol dibatalkan pada Khamis
Ribut yang bergerak dari hujung Greenland ke arah Scotland itu dijangka membadai Belanda dan selatan Scandinavia.
Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.
Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, berkurangan di Selangor malam ini
Situasi banjir di Selangor menunjukkan semakin pulih namun berbeza di Perak yang menyaksikan jumlah mangsa terus bertambah setakat 9 malam ini.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga 5 petang ini.
Taufan Koinu bawa angin paling kencang pernah dicatat di Taiwan
Pada 9.40 malam Rabu, pulau itu merekodkan angin kencang 198.7 km/j, diikuti tiupan angin pada 9.53 malam yang mencapai 342.7 km/j.