Selebriti dan ahli perniagaan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa masih kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) yang diterima Januari lepas, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ia sekali gus menafikan dakwaan yang tular di blog media sosial yang mendakwa Neelofa digugurkan sebagai ikon wanita negara, kata kementerian itu.
"Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.
"Kementerian melihat daripada sudut yang positif apa yang akan disumbangkan beliau untuk memperkasa wanita," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut kementerian, perbincangan antara pihak kementerian dan Neelofa telah dibuat sebelum beliau diumumkan sebagai Ikon TMW18 dan kedua-dua pihak bersetuju memberikan yang terbaik bagi memastikan setiap agenda dan program yang dirancang akan dapat dilaksanakan untuk terus memajukan wanita.
Selain Neelofa, Puteri Diraja Selangor Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pemilik butik dalam talian Fashion Valet, Datin Vivy Yusof, turut dilantik sebagai ikon TMW18 sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan mereka dalam bidang masing-masing.
Dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita yang akan merangkumi empat program iaitu literasi pelaburan, Malaysia Women Made, Impact 4 Humanity dan Revolusi Industri 4.0.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 05 2018
Selain Neelofa, Puteri Diraja Selangor Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pemilik butik dalam talian Fashion Valet, Datin Vivy Yusof, turut dilantik sebagai ikon TMW18. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Jiman Casablancas meninggal dunia
Tinjauan di media sosialnya turut dikirimkan ucapan takziah oleh pengikut dan teman rapat yang mengenali Allahyarham.
Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh berkata, kelibat Rossi di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.
Pandemik paksa upacara pencahayaan Tokong Kek Lok Si berlangsung secara dalam talian
Pavilion dan patung Dewi Kuan Yin setinggi 33.6 meter di tokong itu akan disinari cahaya semasa perayaan Tahun Baharu Cina.
Banyak perkara baharu boleh dilakukan selepas bersara- Nicol
Nicol merupakan pemain yang paling banyak memenangi kejohanan dalam sukan skuasy dan menjadi inspirasi kepada jutaan peminat di seluruh dunia.
Kakak pengasas Facebook beri inspirasi kepada Abang Johari terhadap peranan orang utan
Rancangan Sarawak menambah baik infrastruktur digital ke arah menjadi sebuah negeri maju dalam masa 10 tahun termasuk penekanan keperluan menguasai Bahasa Inggeris.
KP FRIM dipilih ikon Malaysia Membaca
Abd Latif, yang telah menghasilkan lebih 300 jurnal dan rencana saintifik, juga menghasilkan beberapa buku bersama penyelidik FRIM.
Tan Sri Mohd Rashdan Baba meninggal dunia
Anak jati Kampung Berkat, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan itu merupakan Naib Canselor UKM dan UPM yang pertama
Riena Amirah juara Ikon Zayan HijabStar, bawa pulang RM5,000!
Ikon HijabStar boleh diterjemahkan sebagai wanita berbakat dengan personaliti yang menarik dalam mengekalkan ciri-ciri seorang wanita berhijab.
Zam, perginya permata kewartawanan negara
Malaysia kehilangan seorang ikon kewartawanan negara berikutan pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin, seorang penulis prolifik yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa khususnya dunia politik.
Neelofa kekal ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018
Ia sekali gus menafikan dakwaan yang tular di blog media sosial yang mendakwa Neelofa digugurkan sebagai ikon wanita negara.