Sudahlah hidup dalam kedaifan, seorang nenek, Tom Samah, 63, terpaksa pula menjaga dua cucunya yang menghidap penyakit kronik selepas kedua-dua ibu bapa mereka menghilangkan diri.
Tom berkata seorang cucunya, Amar Darwish Azhari yang berusia 17 bulan mula menghidap penyakit kulit kronik sejak berumur setahun.
"Dia mula mengalami ruam selepas mendapat suntikan pada umur setahun di sebuah klinik kesihatan di sini.
"Bagaimanapun, ruam itu hilang tak lama selepas itu namun dikepalanya tumbuh biji seperti kudis. Sejak itu, dia mula mengalamai masalah kulit mengelupas, kering dan bersisik hampir keseluruhan badannya," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tandop Kedabu, Kuala Jerlun di sini hari ini.
Lebih menyedihkan, Amar Darwish akan menangis setiap kali dimandikan kerana pedih dan gatal.
Menurut Tom yang juga penghidap kencing manis dengan kesemua jari kaki kanannya telah dipotong dan buta sebelah mata, ada kalanya Amar Darwish akan menggaru badan sehingga luka dan berdarah.
Di samping Amar Darwish, Tom turut menjaga abang Amar Darwish iaitu Iman Darwish, 3, yang mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan.
"Kata doktor, dia menghidap penyakit tulang pinggang yang lembut. Untuk rawatan, memang saya tak mampu.
"Malah sekarang, duit untuk membeli susu cucu-cucu ini juga terjejas disebabkan Jabatan Kebajikan Masyarakat menamatkan pemberian bantuan dengan alasan saya tidak membuat kemaskini," katanya.
Tom berkata rumahnya pula kerap kali dinaiki air apabila sungai yang terletak tidak sampai satu meter melimpah manakala bumbung rumah pula bocor.
"Cuma sekarang, saya hanya bergantung kepada anak lelaki saya, Mazri Ahmad, 30, yang bekerja sebagai kelindan lori dengan berpendapatan sekitar RM600 dan isterinya, Ruzaini Zainol, 29, untuk membantu menjaga Amar dan Iman Darwish.
Mereka yang ingin memberi sumbangan oleh menyalurkan ke akaun Tom iaitu 0213441000050189 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi 017-5808985 (Ruzaini).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017
Sudahlah hidup dalam kedaifan, seorang nenek, Tom Samah, 63, terpaksa pula menjaga dua cucunya yang menghidap penyakit kronik. - fotoBERNAMA
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Nenek rayu bantuan rawat cucu sakit kulit kronik
Sudahlah hidup dalam kedaifan, seorang nenek, Tom Samah, 63, terpaksa pula menjaga dua cucunya yang menghidap penyakit kronik selepas kedua-dua ibu bapa mereka menghilangkan diri.