Hujan lebat serta ribut petir pada petang Selasa menyebabkan struktur bumbung di UniKL BMI dekat Gombak rosak teruk.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Rasmi UniKL, selain bumbung yang musnah akibat ribut, pokok turut tumbang.

"Doakan keselamatan pelajar dan kakitangan UniKL BMI," menurut kenyataan menerusi Facebook.


Keadaan tersebut menyebabkan ramai ibu bapa, saudara mara serta rakan terdekat mengucapkan doa agar semuanya selamat.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kecederaan mahupun kemalangan jiwa berhubung kejadian berkenaan.