Nama Mohamad Sabu atau Mat Sabu menjadi paling trending di media sosial sejak semalam, sebaik sahaja Presiden Amanah itu diumumkan sebagai Menteri Pertahanan oleh Perdana Menteri.

Tidak kurang juga ada yang membayangkan Mat Sabu sebagai watak hero Hollywood, Rambo yang bertindak menjaga keamanan negara.

Sejak Amanah bergabung dengan Pakatan Harapan (PH), kempen-kempen yang dijalankan Mat Sabu pada pilihan raya yang lalu adalah yang paling mendapat sambutan dan ditonton ramai.

Ini menjadikan Mat Sabu, 63 tahun, antara calon yang paling bersinar dalam PH ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung.

Oleh itu tidak hairanlah, ramai yang kagum dan teruja apabila Mat Sabu menggalas jawatan ini, malah ada yang tidak sabar melihat bagaimana beliau berpakaian lengkap seorang askar atau menteri nanti.







Tidak kurang juga, personaliti yang lucu dan cara penyampaian yang menarik oleh Mat Sabu memberi idea kepada netizen untuk mereka 'meme' beliau.






Keterujaan ini juga, mendorong beberapa netizen membuka 'thread' menceritakan mengenai latar belakang dan apa yang kita tidak ketahui mengenai Mat Sabu.



Paling menarik adalah persoalan mengenai adakah Mat Sabu mampu berbahasa Inggeris, ini perkongsian netizen.



Tidak kurang juga, netizen meminta agar Mat Sabu membuat akaun Twitter. Mungkin ini boleh dipertimbangkan oleh Menteri Pertahanan kita ini.