Ribuan anggota daripada lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan akan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini Jumaat ini bagi membantah pencerobohan rejim Israel terhadap masjid suci Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Perhimpunan aman itu, yang dinamakan 'Hari Kemarahan', akan diadakan selepas solat Jumaat, menurut jurucakap Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds, Mohamad Raimi Ab Rahim.
Mohamad Raimi, yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, berkata pada perhimpunan itu, pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel.
"Kita telah memaklumkan kepada pihak kedutaan mengenai perhimpunan aman itu dan telah membuat permohonan kepada Polis Kuala Lumpur untuk kebenaran menganjurkan perhimpunan itu. Setakat ini semuanya positif," katanya dalam sidang media mengenai perhimpunan itu, di pejabatnya di sini, pada Rabu.
Sejak 24 Ogos lalu, Israel melakukan keganasan dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa termasuk menembak di dalam rumah ibadat itu serta cuba memisahkan ruang 'ibadat dan masa' antara orang Islam dan Yahudi.
Mohamad Raimi berkata melalui Kempen Selamatkan Al-Quds, pihaknya juga akan menyalurkan bantuan kewangan hasil derma orang ramai kepada usaha pembelaan Masjid Al-Aqsa melalui 'Tabung Baitulmaqdis'.
Pada sidang media sama, Timbalan Pengerusi Viva Palestina Malaysia Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata perhimpunan itu bukan saja boleh dihadiri oleh umat Islam malah penganut agama lain, terutamanya penganut Kristian.
"Orang Kristian juga terancam dengan tindakan rejim Israel yang kini melaksanakan program Judaism di seluruh dunia. Jadi mereka juga boleh sertai perhimpunan ini," katanya.
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin berkata rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum perlu bersama menentang tindakan Israel kini, yang menindas hak asasi manusia atas tiket menentang keganasan.
Sidang media itu dihadiri wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Penyayang Uswah, MyCare, Aqsa Syarif, HALUAN, Yayasan Al Quds Malaysia dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin.
Turut hadir, Exco Pemuda UMNO Armand Azha dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Mohd Faiz Mohd Nawi.
Bernama
Thu Oct 01 2015
Sejak 24 Ogos lalu, Israel melakukan keganasan dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa termasuk menembak di dalam rumah ibadat itu. - Gambar Fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.