SHAH ALAM:Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya membenarkan Solat Jumaat dan majlis akad nikah di masjid dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di zon hijau sahaja berikutan perkembangan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata berdasarkan kepada faktor geografi dan keadaan semasa, hanya daerah Sabak Bernam adalah zon hijau.
"JAIS menetapkan bagi membenarkan Solat Jumaat didirikan di semua masjid dan surau kebenaran Jumaat di daerah kategori zon hijau (Sabak Bernam) dengan bilangan jemaah Solat Jumaat adalah dihadkan kepada 23 orang pegawai dan ahli jawatankuasa bagi masjid dan 16 orang pegawai dan ahli jawatankuasa bagi surau Jumaat.
"Jumlah yang sama juga dibenarkan bagi mendirikan solat fardu lima waktu dengan had kehadiran 23 orang jemaah di masjid dan 16 orang jemaah di surau dalam kalangan pegawai dan ahli jawatankuasa," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Shahzihan berkata bagi zon kuning dan merah, JAIS memutuskan untuk tidak membenarkan Solat Jumaat dilaksanakan di masjid dan di surau kebenaran Jumaat.
"Hanya enam orang jemaah sahaja dalam kalangan pegawai dan ahli jawatankuasa dibenarkan untuk mendirikan solat fardu lima waktu di masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau.
"Semua majlis akad nikah di masjid dan PAID yang dibenarkan sebelum ini, ditangguhkan bagi daerah yang dikategorikan zon kuning dan zon merah," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan kepada ketetapan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020
Berdasarkan kepada faktor geografi dan keadaan semasa, hanya daerah Sabak Bernam adalah zon hijau. -Gambar fail
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Kedah tiada hasrat dedah nama pasangan berkahwin di Thailand
Kerajaan negeri sebaliknya akan terus menasihati pasangan terbabit agar segera mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama.
300 pasangan Malaysia nikah di Selatan Thailand setiap bulan
60 peratus perkahwinan itu melibatkan berpoligami dan selebihnya kerana tidak mendapat izin keluarga.
Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
'Pi mai pi mai tang tu', Sabri Yunus, Angeline Tan kini suami, isteri
Pelakon yang popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini bergelar suami isteri.
Sandiaga Uno hadir pernikahan anak di New York
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno dilaporkan menikah anak perempuannya, Anneesha Atheera Uno dengan pasangannya, Panji Bahas Dwiprakoso di Masjid Al Hikmah New York.
Najwa Latif selamat bernikah, pilih pasangan duet sebagai suami
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
Rakyat Malaysia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan
Pendaftaran perlu dilakukan bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang.
Nurul Izzah selamat diijab kabul, pilih Yin Shao Loong jadi teman hidup
Nurul Izzah dan suaminya memaklumkan pernikahan mereka berwalikan ayahanda pengantin perempuan.
Perlis tidak kenakan denda terhadap pasangan nikah di Thailand
Perlu dapatkan sijil pengesahan perkahwinan daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand terlebih dahulu.
Graduan nikah, konvokesyen hari sama
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin itu pada awalnya dijadualkan bernikah Mei ini.