Nikmati durian Musang King secara percuma

Nikmati durian Musang King secara percuma
Para petugas memilih buah durian untuk diberi kepada orang ramai sempena Program Musang King Fiesta anjuran Matrix Concepts di Galleria Ara Sendayan hari ini. - Bernama
SEREMBAN: Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati durian Musang King secara percuma menerusi Fiesta Musang King di Matrix Galleria Ara Sendayan di sini.

Orang ramai mula beratur seawal 8 pagi sungguhpun acara anjuran Matrix Concepts Holdings Berhad itu bermula 11 pagi.

Penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzilah berkata beliau sanggup berada di premis itu pada 8.30 pagi semata-mata untuk menikmati durian Musang King yang mahal harganya jika mahu dibeli daripada peniaga.
"Ini merupakan peluang keamasan untuk menikmati durian itu sebanyak mana yang boleh kerana ianya percuma dan kalau mahu beli sendiri memang tidak mampu," katanya kepada Bernama.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Matrix Concepts Berhad Holdings Berhad Lim Kok Yee (dua, kiri) mengagihkan durian kepada pengunjung sempena Program Musang King Fiesta anjuran Matrix Concepts di Galleria Ara Sendayan hari ini. - Bernama

Seorang mekanik Anuar Salleh,49, berkata keterujaannya untuk merasai Musang King membuatkan beliau sanggup datang sejak awal pagi.

"Kita semua tahu Musang King mahal harganya dan fiesta ini merupakan peluang keemasan bagi mereka yang kurang berkemampuan seperti saya untuk merasai kelazatan raja buah itu," katanya.

Sementara itu Pegawai Pemasaran Matrix Concepts Lim Kok Yee berkata ini merupakan sebahagian daripada tanggung jawab sosial syarikat bagi membolehkan orang ramai menikmati durian yang paling baik di Negeri Sembilan ini.

"Keseronokan tidak berakhir di sini. Satu lagi fiesta durian akan diadakan di Residensi SIGC, Paroi Jaya pada 20 Julai bermula 11 pagi," katanya.

Beliau berkata fiesta hari ini menyediakan 1.5 tan durian untuk dihabiskan oleh orang ramai manakala kanak-kanak pula dihiburkan oleh persembahan lawak jenaka oleh badut.

-- BERNAMA

Tag: durian, musang king, fiesta musang king, matrix concepts holdings berhad, orang ramai


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.