Tidak ada negara yang boleh mengaku sudah menjadi sebuah negara bertamadun tanpa ada nilai seni tersendiri, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kerana itu, apabila kita ingin capai Wawasan 2020 dan tambah pendapatan negara hingga beribu-ribu dolar, tapi tanpa seni tersendiri, maka kita tidak boleh dakwa sudah menjadi sebuah negara bertamadun," katanya ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 Balai Seni Negara malam tadi.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi selain tetamu kehormat dalam dan luar negara serta pemain industri seni dan pelancongan.
Perdana Menteri berkata nilai ketamadunan sesebuah negara boleh ditambah baik dengan meningkatkan seni dan tahap seni dalam sesebuah komuniti.
Beliau memberikan contoh, di Malaysia, kepelbagaian kaum termasuk orang Asli dan suku lain telah menjelmakan pelbagai jenis seni yang memperlihatkan keindahan negara melalui hasil seni lukisan.
Perdana menteri berkata nilai seni adalah penting dan menjadi kayu pengukur ketinggian tamadun sesebuah negara dan ia harus diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan untuk dihargai setiap rakyat.
"Ukiran, lukisan seni adalah satu daripada cara untuk menunjukkan kecantikan alam bukan sahaja di mata kita tapi di mata penggiat seni, pemain industri dan pengukir.
"Mereka boleh terjemahkan melalui lukisan dan kita harus berbangga dan gembira melihat kecantikan alam.
"Kita tidak boleh melihatnya dari mata kepala kita tapi mereka boleh. Inilah kebaikan ahli seni kepada komuniti kita kerana kadangkala kita lupa untuk menghargainya," katanya.
Menyentuh mengenai pengukir seni tempatan, beliau berkata kumpulan ini harus dihargai dan dihormati kerana mempunyai bakat tersendiri walaupun berbeza dengan pengukir negara-negara lain.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyeru orang ramai supaya memberi sokongan kepada industri seni dengan membeli lukisan pengukir tempatan yang boleh dijadikan sebagai aset.
"Lagi lama simpan, lagi mahal dan tinggi nilainya berbanding simpan motor atau kereta," katanya.
Dr Mahathir dan isteri kemudian melawat pameran yang disediakan penganjur selain diajak bergambar dan berswafoto oleh orang ramai yang memenuhi setiap ruang di galeri seni ini.
Sambutan ulang tahun ini dimeriahkan dengan deretan pameran dan aktiviti antaranya pembukaan Pameran 'A Place Called Home', Pameran 'Teh Tarik With The Flag', Pameran 'Minta Perhatian' selain penerbitan Majalah Informasi Seni 'Senikini', setem dan barangan ekslusif edisi terhad 60 tahun untuk orang ramai.
Selain itu, program karnival seni bertajuk Program Permukiman Rakyat Seni Art Bazaar 2018 akan berlangsung pada 7 hingga 9 Sept ini sebagai platform kepada usahawan seni memasarkan produk mereka secara terus kepada khalayak ramai.
Balai Seni Negara ditubuhkan pada 27 Ogos 1958 oleh Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 05 2018
Dr Mahathir menandatangani plak perasmian Majlis Meraikan 60 Tahun Balai Seni Negara di Balai Seni Negara, 4 Sept, 2018, sambil disaksikan Siti Hasmah dan Mohamaddin (empat, kiri). --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.