Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memberi nilai tambah kepada rekaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang antaranya didakwa tampak tidak profesional dan sangat biasa.
Menterinya Mohammaddin Ketapi berkata pihaknya mempunyai masa yang panjang untuk berbuat demikian sekiranya perlu sebelum logo itu digunakan dua tahun dari sekarang.
"Orang kata logo itu dikecam tetapi pada saya ia bukan begitu kerana setiap orang ada sudut pandang sendiri, malah kita ada masa sebelum 2020 untuk menambah baik rekaan sedia ada jika perlu," katanya pada sidang media sempena pelepasan Lady Bikers Tourism Ride 2018 ke Johor di sini hari ini.
Hadir sama timbalannya Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Rashidi Hasbullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Johor Liow Cai Tun.
Logo tersebut yang dilancarkan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Chiang Mai, Thailand sempena Asean Tourism pada awal tahun ini mencetus kontroversi apabila netizen memberi respon negatif terhadap rekaan itu selepas dilancarkan.
Mohamed Nazri bagaimanapun mempertahankan logo tersebut sambil bertegas ia akan diguna pakai untuk Kempen Melawat Malaysia 2020, yang menyasarkan kehadiran lebih 36 juta pelancong ke Malaysia serta dijangka mengutip dan meningkatkan pengaliran wang masuk ke dalam negara sebanyak RM168 bilion.
Mohammaddin berkata beliau, bagaimanapun sedia meneruskan dasar dan perancangan kementerian yang dirangka menteri terdahulu sekiranya ia ternyata memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Dalam pada itu, katanya beliau terbuka untuk bertemu dan berbincang dengan mana-mana pihak termasuk kumpulan penunggang motosikal besar yang gemar melakukan program pengembaraan mempromosi pelancongan dan budaya di seluruh negara.
"Pada saya ia usaha yang baik ke arah meningkatkan industri pelancongan domestik dan perbincangan itu mungkin boleh menyentuh hal berkenaan insentif yang boleh disediakan kementerian untuk golongan itu," katanya.
Mengenai program Lady Bikers Tourism Ride 2018, beliau berkata ia adalah langkah yang bijak dan tepat kerana aktiviti jelajah bermotosikal kini memperlihatkan perkembangan yang sangat positif dan mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.
Program sebegini juga harus dijadikan sebagai strategi untuk memperluaskan kempen promosi produk pelancongan di sesuatu kawsan dengan cepat, murah dan berkesan kerana setia penunggang pasti memuat naik aktiviti mereka di pelbagai medium di media sosial, katanya.
Program tiga hari anjuran kerajaan negeri itu melibatkan konvoi 108 penunggang motosikal berkuasa tinggi wanita yang akan singgah di 14 lokasi menarik bagi mempromosi tarikan pelancongan di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan Mohamed Nazri di Chiang Mai pada awal tahun ini mencetus kontroversi apabila netizen memberi respon negatif terhadap rekaannya. - Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Bajet 2023: Baucer sehingga RM100, jika bercuti dalam Malaysia
Hotel di Malaysia wajar memainkan peranan untuk memaparkan kraf tangan hasil pengusaha tempatan kepada pelancong.
MOTAC sokong pencalonan Masjid Kampung Laut dalam senarai UNESCO
Kementerian juga menyambut baik hasrat untuk mencalonkan Laman Warisan Serunding Kampung Laut sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.
Kerajaan pertimbang buka sempadan bagi pelancong Korea Selatan, Jepun, New Zealand - Nancy
Kerajaan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi membantu merancakkan sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Badan letih dan tak bermaya? 1 Julai ini pusat urut dan spa kembali dibuka
Turut dibenarkan beroperasi semula di bawah sub-sektor pelancongan itu ialah Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions (MICE), dan pameran perdagangan dan pelancongan.
Pelancongan jana RM41.69 bilion dari Januari ke Jun 2019
Hasil pelancongan pula dicatat pada jumlah RM41.69 bilion, peningkatan sebanyak 6.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pengendali pelancongan sukan air perlu utamakan soal keselamatan - MOTAC
Susulan beberapa kejadian aktiviti di air yang meragut nyawa, maka perlu ketegasan dalam soal keselamatan dibuat pemain industri itu.
30 juta pelancong disasar pada Tahun Melawat Malaysia 2020
Kementerian Pelancongan telah merancang pelbagai strategi utama bagi menjayakannya, dengan peruntukan awal RM50 juta disediakan.
Kerajaan pertingkat usaha cegah penipuan pakej umrah
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bakal mempertingkatkan usaha mencegah penipuan pakej umrah yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit.