Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.
Beliau menggantikan Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang menamatkan perkhidmatan pada 30 Sept lepas.
Pelantikan Nor Hisham sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-12 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Pelantikan berkenaan diumumkan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dalam Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini hari ini.
Nor Hisham, 62, bersara pada Mei tahun lepas selepas dua tahun di MPSJ sejak 2014 dan disambung menerusi kontrak selama satu tahun atas kecemerlangan beliau.
Beliau berpengalaman selama 37 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Khalid yakin dengan pengalaman Nor Hisham selama 37 tahun di agensi kerajaan termasuk di Kementerian Wilayah Persekutuan pada tahun 2006 dapat menerajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan cemerlang.
"Dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang, beliau akan dapat mentadbir Kuala Lumpur ke aras yang lebih baik selaras dengan matlamat dan visi DBKL (Dewan Bandaraya Kuala LUmpur) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia atau "World Class City" menjelang tahun 2020," katanya.
Sementara itu, Nor Hisham berkata sebagai Datuk Bandar, beliau bersikap terbuka terhadap sebarang cadangan dan kritikan daripada warga kota untuk menjadikan ibu kota sebagai 'World Class City'.
"Saya mengalu-alukan buah fikiran daripada semua warga DBKL secara khususnya dari segi pentadbiran dan daripada warga kota secara amnya bagi memajukan Kuala Lumpur.
"Isu-isu kota seperti masalah gelandangan dan warga asing di Pasar Borong Selayang diyakini dapat ditangani dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 02 2018
Khalid (dua, kiri) menyerahkan replika keris sebagai simbolik pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 kepada Nor Hisham (dua, kanan) pada Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di Menara DBKL hari ini. --fotoBERNAMA
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi
Majlis Bandaraya Johor Bahru membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.
Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.
Tindakan Datuk Bandar KL perlu selari dengan hala tuju JWP
Walaupun Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai ruang autonomi dalam menguruskan ibu kota, semua tindakan yang diambil perlu selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh JWP.
Datuk Bandar sepatutnya dipilih, bukan dilantik - MUDA
Rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya kerajaan tempatan.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb
Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.
DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan Stadium KL - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras kepada sebuah syarikat swasta.
Pam air tambahan, kolam tadahan tangani banjir kilat di Ipoh - Datuk Bandar
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata antara lokasi utama yang sudah dikenal pasti ialah di aliran Sungai Pinji.
Bekas Datuk Bandar dibebaskan daripada reman
Suspek turut diperintahkan hadir melapor diri pada tarikh yang ditetapkan di pejabat SPRM setiap bulan.
Mohd Noorazam dilantik Datuk Bandar MBJB baharu
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Mohd Noorazam Osman dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang ke-13 berkuat kuasa hari ini.