Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan sebak apabila terkenang peristiwa penerimaan 'penyapu' daripada kerajaan Negeri Selangor ketika beliau berkhidmat di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada tahun 2007.
Katanya ketika itu MDHS mencapai kutipan cukai yang tidak memuaskan iaitu kurang daripada 40 peratus pada tahun 2006.
"Ketika dipanggil untuk menerima anugerah penyapu daripada bekas Menteri Besar Selangor (Dr Mohamad Khir Toyo), saya baru sahaja ditukarkan dari Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dinaikkan pangkat sebagai pegawai daerah Hulu Selangor M52 pada September 2007.
"Anugerah itu diberi pada Disember 2007 atas prestasi hasil kutipan cukai bawah 40 peratus pada tahun 2006 dan bersama-sama dengan saya untuk menerima 'penyapu' itu ialah Yang Dipertua MDSH ketika itu Tukiman Nail.
"Walaupun ia bukan zaman saya, namun saya tetap juga menerima 'penyapu' dengan penuh tanggungjawab, yang mana ia telah menjadi sejarah kekalahan Barisan Nasional di Selangor," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai peristiwa itu selepas Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini hari ini.
Nor Hisham berkata selepas peristiwa itu, beliau cuba meningkatkan hasil kutipan cukai dalam masa dua tahun sehingga mendapat anugerah cemerlang RM100,000 daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2009.
"Kami (MDHS) telah berjaya mencapai lebih 92 peratus hasil kutipan cukai dalam masa dua tahun yang kemudiannya mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Negeri Selangor," katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata peristiwa itu sebagai dorongan kepada Nor Hisham untuk membuktikan pencapaian mereka dalam Pihak Berkuasa Tempatan.
"Sebagai ketua, walaupun beliau menerima bagi pihak orang lain namun ia sebagai pengalaman pahit yang memberi dorongan kepada PBT itu untuk membuktikan kemampuan dan buktikan mereka salah dalam tempoh yang singkat," katanya.
Dr Mohamad Khir dilaporkan menjelaskan pemberian penyapu itu bukan bertujuan menjatuhkan maruah tetapi secara simbolik bagi membersihkan sikap buruk dan amalan negatif PBT yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang ditetapkan.
Susulan peristiwa itu, Dr Mohamad Khir dikritik pelbagai pihak termasuk Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kerana tindakan itu dilihat mengaibkan penjawat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 02 2018
Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (kiri) berbincang sesuatu dengan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz (kanan) pada Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di Menara DBKL hari ini. --fotoBERNAMA
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Menteri Luar Singapura antara yang terima surat dengan ugutan dan imej yang dimanipulasi
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nor Hisham sebak terkenang peristiwa 'penyapu'
Katanya ketika itu MDHS mencapai kutipan cukai yang tidak memuaskan iaitu kurang daripada 40 peratus pada tahun 2006.