Remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang hilang sejak pagi Ahad lalu di sebuah pusat peranginan di pantai, Nilai, Negeri Sembilan dipercayai meninggalkan bilik penginapan dengan hanya memakai pakaian dalam.
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop, ia berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh keluarga mangsa sendiri.
“Itu berdasarkan pada statement yang dibuat oleh keluarga dia. Masa dia tidur tu mungkin dia tak pakai baju.
“Itulah kenyataan berdasarkan pengesahan berdasarkan ibu bapa sahaja, kita tak tahu dia tak pakai baju atau tidak sebab yang kali terakhir melihatnya pun keluarga dia sahaha,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: 'Siapa kata Nora Anne diculik?' - Ketua Polis Negeri Sembilan
BACA: Radius pencarian remaja Ireland yang hilang, Nora Anne diperluas dengan bantuan Orang Asli
Mengulas lanjut, Mohamad turut mengalu-alukan sebarang bentuk maklumat daripada orang awam berhubung gadis hilang ini termasuk pelbagai dakwaan mistik.
Jelasnya, pihak polis amat memerlukan bantuan orang awam terutamanya masyarakat Orang Asli kerana kawasan sekitar merupakan kawasan sepermainan mereka.
Terdahulu, polis telah melipat gandakan usaha dengan menambah anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) gadis berkenaan yang dilaporkan hilang dari rumah penginapan ketika bercuti dengan ahli keluarganya di resort The Dusun Pantai Hill di sini, pagi Ahad lalu.
Remaja itu disedari hilang jam 8 pagi selepas didapati tiada di biliknya oleh keluarganya.
Polis sebelum ini juga menafikan kehilangan gadis itu berkait dengan unsur jenayah dan kes itu masih dibawah klasifikasi sebagai orang hilang, memandangkan tiada sebarang elemen unsur jenayah.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Aug 06 2019
Remaja itu disedari hilang jam 8 pagi selepas didapati tiada di biliknya oleh keluarganya. - Foto Twitter@AislingAgnew
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Nora Anne dipercayai keluar dengan hanya berpakaian dalam - Polis
Remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin yang hilang dipercayai meninggalkan bilik penginapan dengan hanya memakai pakaian dalam.