Notis merah pengusiran 41 keluarga bekas pekerja Ladang Bukit Jalil ditarik balik, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
Ditanya mengenai laporan rintihan 41 bekas pekerja ladang Bukit Jalil yang menerima notis merah agar mengosongkan tanah kerajaan yang dijadikan kediaman, Khalid berkata penarikan balik notis itu dimaklumkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu pada Rabu.
"Kita akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah 41 keluarga tersebut," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan dan berbuka puasa bersama warga Kementerian Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu.
Mengenai sambutan dingin di bazar Ramadan Jalan Raja, Khalid berkata ia akan bertambah baik pada minggu kedua Ramadan.
Katanya peniaga berdaftar sebelum ini adalah 50 dan kini sekarang sudah 150.
"Bazar itu adalah lebih kepada tempat membeli-belah dan bukannya tempat membeli juadah berbuka puasa," katanya.
Pada 3 April lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata keputusan menempatkan peniaga bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India ke Jalan Raja adalah selaras dengan penyusunan semula.
Ditanya mengenai kemajuan kertas Kabinet untuk cadangan mengurangkan keluasan pembangunan berhampiran Taman Rimba Kiara, Khalid berkata kertas itu hampir siap untuk pemeriksaan akhir sebelum ia diserahkan kepada kementerian lain yang berkaitan sebelum dikemukakan kepada Kabinet.
Menurut laporan sebelum ini , rancangan yang disemak itu termasuk blok 17 tingkat 204 unit rumah mampu milik untuk rumah panjang Bukit Kiara, dan empat blok kondominium 41- hingga 45 tingkat.
Bernama
Wed May 08 2019
Khalid (berdiri, kiri) beramah mesra bersama warga kerja dan keluarga kementeriannya selepas Majlis Berbuka Puasa sempena Perhimpunan Warga Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya malam tadi. --fotoBERNAMA
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.