Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima aduan berhubung penemuan objek menyerupai bom mortar yang ditemui di kawasan perumahan Kg Segambut Bahagia, Segambut di sini hari ini.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, polis menerima panggilan sekitar jam 10 pagi tadi oleh seorang pengadu sebelum mengerahkan Unit Pemusnah Bom ke lokasi penemuan terbabit pada jam 11.40 pagi.

Unit terbabit telah mengangkat objek berkenaan untuk dibawa ke satu lokasi lain yang lebih selamat untuk tujuan pemusnahan di kawasan lapang.

Sebagai langkah keselamatan, objek yang menyerupai mortar itu telah dibawa kira-kira 100 meter dari lokasi ia ditemui dan telah berjaya dimusnahkan sepenuhnya.