Kekurangan ilmu dalam kalangan orang ramai berkaitan orang kelainan upaya (OKU) membuatkan golongan tersebut lebih berisiko menjadi mangsa dalam situasi kecemasan, khususnya kebakaran.

Berdasarkan perbincangan dengan semua pihak, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Azmi Osman berkata, OKU sering menjadi mangsa terakhir diselamatkan kerana orang ramai tidak tahu menyelamatkan golongan ini.

Justeru, sebuah program khas akan diadakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) bagi mendidik masyarakat tentang cara menyelamatkan golongan ini ketika berlakunya kebakaran mahupun insiden-insiden lain.

"Apabila terdapat OKU yang tidak dapat begerak atau berjalan, ini akan meyebabkan mereka susah untuk menyelamatkan diri,.

"Sekiranya terdapat sebuah program khas terhadap langkah menyelamatkan golongan OKU, sudah pastilah mereka dapat diselamatkan," katanya di Majais Malam Mesra Bersama Media JPBM Selangor.

Selain itu, katanya perbincangan akan diadakan bersama semua ketua-ketua balai pada penghujung tahun ini.

"Perbincangan akan diadakan bersama semua ketua-ketua balai pada penghujung tahun ini, bagi mengenal pasti premis-premis OKU ketika insiden kebakaran," katanya.

Menurut beliau, sekiranya pihak bomba mengetahui lokasi premis-premis OKU tersebut, ia akan memudahkan lagi proses pihaknya untuk melakukan proses penyelamatan.

Tambahnya, golongan OKU haruslah diutamakan kerana mereka adalah nyawa dan perlu diselamatkan.