Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan lima individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri dalam pelaksanaan projek Pemindahan Teknologi Pentenakan Ikan Sturgeon.
Mereka yang ditahan adalah bekas Pengarah Besar Felda bergelar Datuk, 57, bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) Felda, 53, bekas pegawai operasi Projek Sturgeon, 30, Head of London Properties, Felda, 38, dan penolong pegawai Tadbir Felda, 33.
Menurut sumber, kesemua suspek tersebut disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Pentenakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira USD10 juta (RM47.6 juta) sejak tahun 2014.
Difahamkan, pada Januari 2013 satu mesyuarat telah diadakan berhbung projek tersebut bagaimanapun Lembaga Pengarah telah meminta suspek yang berusia 53 tahun untuk menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek tersebut untuk dibentangkan kepada lembaga pengarah.
Bagaimanapun, suspek tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan telah menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014 dan telah mendatanggani satu perjanji dengan sebuah syarikat penternakan Ikan Stugeon di Korea bernilai USD45 juta(RM146.25 juta).
Siasatan awal SPRM mendapati, projek tersebut bagaimanapun tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar, Negeri Pahang tetapi pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea tersebut seminggu selepas FCSB ditubuhkan.
Menurut sumber itu lagi, disebabkan unit kewangan juga bawah pengurusannya, suspek setakat ini telah meluluskan kira-kira USD 10 Juta(RM47.6 juta) daripada dana Felda untuk membuat pembayaran kepada syarikat Korea tersebut melalui FCSB tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah sebelum menandatangani perjanjian tersebut.
Perjanjian kontrak bagi pelaksanaan projek Ikan Sturgeon yang ditandatangani itu adalah meliputi pelaksanaan Technology Transfer Service Agreement (TTSA) dan Design and Build Construction Agreement (DBCA).
Perjanjian ini dipercayai telah ditandatangani oleh suspek bergelar Datuk dan suspek berusia 53 tahun yang juga merupakan bekas Pengarah FCSB.
Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara jam 11.30 pagi sehingga 6 petang menerusi Op Caviar yang dilancarkan SPRM.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya juga telah merampas dokumen-dokumen berhubung projek tersebut yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.
Kesemua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman.
Astro Awani
Tue Jan 24 2017
SPRM menahan lima individu daripada sebuah syarikat GLC kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri. - Gambar fail
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Op Caviar: SPRM tahan lima individu
SPRM hari ini menahan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk daripada sebuah syarikat GLC kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri.