Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bergelar Datuk dan Pengurus Jualan Antarabangsa sebuah syarikat GLC kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam projek E-Pasport melibatkan kerajaan sebuah negara di Benua Afrika sejak 2013.
Kedua-dua suspek yang berusia 58 dan 36 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing kira-kira jam 12 tengah hari menerusi Op Guinea yang dilancarkan SPRM hari ini.
Suspek bergelar Datuk itu ditahan di kediamannya di Tropicana Indah, Petaling Jaya manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di Taman Desa, Jalan Kelang Lama.
Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai telah melakukan kegiatan itu antara 2013 hingga 2015 dengan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk meminta rasuah daripada pemilik sebuah syarikat swasta dari luar negara menerusi projek E-Pasport.
Jelas sumber, syarikat syarikat GLC tersebut telah menandatangi satu perjanjian dengan kerajaan negara itu bagi tempoh 15 tahun untuk menyediakan permohonan E-passport.
Kos bagi setiap E- passport yang dihasilkan ialah USD$46 dan syarikat tersebut perlu membayar sebanyak USD$23 daripada jumlah tersebut kepada kerajaan negara terbabit.
Bagi memudahkan urusan, syarikat tersebut dikatakan telah melantik sebuah syarikat swasta di negara tersebut sebagai 'local partner' yang satu perjanjian telah ditandatangi yang mana USD$5 akan dibayar kepada syarikat 'local Partner' tersebut bagi setiap E-passport yang dihasilkan sebagai bayaran perkhidmatan.
Bagaimanapun, sebelum menandatangani perjanjian itu, Datuk tersebut telah berjumpa dengan pemilik syarikat 'local partner' itu dan memintanya untuk membayar USD$1 daripada USD$5 yang dibayar kepada syarikatnya dengan memberi alasan bagi menjaga nama baik syarikat swasta berkenaan termasuk menjamin kontrak perjanjian antara kedua-dua syarikat bagi Projek E-Pasport akan berterusan sehingga tamat tarikh konsesi tanpa disabotaj.
"Pemilik tersebut telah akur kepada permintaan tersebut kerana enggan melepaskan kontrak yang telah diberikan kepadanya oleh syarikat GLC terbabit,” tambahnya.
Kata sumber, kedua-dua suspek itu akan meminta pemilik syarikat swasta itu menerima bayaran tersebut secara tunai dengan menandatangani surat pengesahan pembayaran, sedangkan wang tersebut tidak pernah diterima oleh pemilik syarikat tersebut.
Tambah sumber, hasil siasatan awal kedua-dua suspek yang telah berkhidmat di GLC tersebut hampir tujuh tahun disyaki telah menerima wang rasuah kira-kira RM500,000 yang mana ia melibatkan mata wang Euro dan USD.
SPRM juga telah membekukan beberapa akaun milik Datuk, isteri dan anaknya yang mengandungi wang kira-kira RM1 juta.
Kedua-duanya ditahan bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Difahamkan, Felda Investment Corporation (FIC) Sdn. Bhd. juga memegang hampir 25 peratus saham syarikat GLC tersebut yang mana ia melibatkan nilai kira-kira RM200 juta sejak tahun 2013.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, SPRM memandang serius perkara ini kerana syarikat GLC tersebut mempunyai akses kepada rahsia berhubung kait dengan negara ini.
Beliau berkata, perkara tersebut amat membimbangkan kerana suspek-suspek ini kemungkinan akan mendedahkan maklumat-maklumat tersebut semata-mata untuk mendapatkan ganjaran.
"SPRM meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung perbuatan kedua-dua suspek ini untuk tampil membantu siasatan,” ujarnya.
Kedua-dua suspek tersebut dijangka direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.
Astro Awani
Thu Jan 19 2017
SPRM menahan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Jualan Antarabangsa sebuah syarikat GLC kerana disyaki terlibat daalam rasuah. - Gambar SPRM
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Rasuah: Pemangku CEO, pengurus jualan GLC direman enam hari
Turut direman ialah pengurus jualan antarabangsa GLC terbabit.