Tutup

Op Selamat 15 catat peningkatan 9.1 peratus kes

Op Selamat 15 catat peningkatan 9.1 peratus kes
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24,461 kes dicatatkan dalam Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri yang berakhir 12 Jun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor, ia mencatatkan peningkatan 9.1 peratus berbanding Op Selamat 14 tahun lalu.
“Peningkatan 2,050 kes atau 9.1 peratus di seluruh negara. Kes maut menurun 3 kes, 230 kes direkodkan berbanding 235 kes dalam Op Selamat 14. Jumlah kematian adalah 249 kes berbanding 248 kes peningkatan 0.4 peratus,” katanya.

Jelasnya, 27 peratus peningkatan kes disebabkan kecuaian pengguna jalan raya.
Untuk rekod, jumlah saman yang dikeluarkan turut meningkat iaitu 350,570 saman berbanding 343,863 saman dalam Op Selamat lalu.

“158 kematian penunggang motosikal, 60 kematian pemandu kereta, 5 kematian pemandu lori manakala penunggang basikal 4 kematian dan lain lain 6 kematian,” ujar Mazlan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tag: op selamat, kematian, kemalangan, jalan raya, polis, pdrm, mazlan mansor


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.