Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijadualkan pada 20 Oktober dan 21 Oktober 2015 terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan operasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata, penangguhan ini adalah disebabkan oleh jarak penglihatan yang rendah iaitu kurang dari jarak minimum 1600 meter untuk sepanjang hari.

Bagaimanapun, katanya lagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan OPA pada bila-bila masa sebaik sahaja jarak penglihatan bertambah baik selain kehadiran awan yang sesuai.

Beliau berkata, OPA akan diteruskan sehingga tiada lagi tempat di Malaysia yang mencatat IPU tidak sihat.