Operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) yang dikendalikan Syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mendapat sokongan 9,500 anggota Facilities Security Forces (FSF) Arab Saudi bagi memastikan kelancaran pergerakan jemaah haji semasa menggunakan perkhidmatan tren itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management Engineering Services (PRIME) Masnizam Hisham berkata langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif Arab Saudi dengan Prasarana dalam meningkatkan keselamatan tren berkenaan dan fasiliti berkaitan dengannya.
"Saya bersyukur kita mendapat bantuan dan sokongan Arab Saudi serta berharap dengan kehadiran anggota FSF mereka akan dapat membantu mengawal pengguna dan memastikan pergerakan tren berjalan lancar.
"Kehadiran anggota FSF beruniform tentera akan lebih dihormati oleh jemaah dan jemaah mudah mengikut arahan mereka, lebih senang mengawal jemaah yang ramai," katanya kepada pemberita Malaysia selepas sesi taklimat keselamatan operasi haji 2017 bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Makkah (MRDA) di sini, Isnin lepas.
Masnizam berkata, selain anggota FSF, operasi tren tahun ini turut dibantu 7,600 anggota biasa dan 600 kakitangan Prasarana yang akan membuat kawalan penumpang sepanjang operasi tren mulai 29 Ogos hingga 4 Sept ini.
Katanya, jumlah petugas yang terlibat itu adalah yang terbesar sejak Prasarana mengendalikan operasi tren haji berkenaan pada 2015, seiring dengan pertambahan kapasiti pengendalian jumlah jemaah pada tahun ini.
"Pada tahun ini dijangka 350,000 jemaah akan menggunakan perkhidmatan tren itu berbanding 310,000 jemaah bagi musim haji tahun lalu," katanya.
Masnizam berkata, selepas ini pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Haji Arab Saudi untuk memperincikan pergerakan jemaah ke stesen MMMSL agar mereka sampai pada waktu yang ditetapkan.
"Ada dua perkara yang diperlukan untuk memastikan operasi tren ini berjaya iaitu pergerakan tren yang cekap dan kehadiran jemaah di stesen pada waktu yang ditetapkan.
"Untuk mencapai kejayaan ini, kita harus berkerjasma dengan banyak pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2017
Masnizam (kanan) ketika sesi taklimat keselamatan Operasi Haji 2017 bersama pihak berkuasa Pembangunan Wilayah Makkah (MRDA) dan Pasukan Keselamatan Fasiliti Arab Saudi di FSF pada Isnin. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Tren MMMSL tamat operasi haji, kendali 1.5 juta penumpang
Perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) akan 'berehat' panjang dan hanya akan beroperasi semula pada musim haji akan datang.
Tiga minit untuk prasarana selesaikan krisis operasi tren MMMSL
Syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) selaku pengendali tren perlu bertindak pantas untuk menyelesaikan sebarang krisis bagi mengelakkan ia menjadi lebih rumit.
Operasi tren MMMSL dibantu 9,500 anggota beruniform FSF
Masnizam Hisham berkata langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif Arab Saudi dengan Prasarana dalam meningkatkan keselamatan tren berkenaan dan fasiliti berkaitan dengannya.
Saya bersyukur dapat bekerja di bumi Mekah - Pengendali tren MMMSL
Beliau merupakan salah seorang anak Malaysia daripada 99 orang pengedali tren yang bakal berkhidmat pada musim haji kali ini.