Hasrat seorang operator Plaza Tol Guthrie mahu bertemu isteri selepas seharian bekerja bertukar tragedi apabila dia maut dalam nahas jalan raya malam Khamis.

Kejadian jam 11.50 malam itu berlaku di kilometer 23 Lebuh Raya Guthrie berdekatan Tol Lagong ke Tol Rawang.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15zr itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah treler kontena yang berhenti di laluan kecemasan.

Ekoran rempuah itu, mangsa cedera parah di badan kepala serta disahkan mautoleh Pasukan Paramedik yang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa berusia 20-an itu baru mendirikan rumah tangga sejak tiga bulan lepas dan isterinya mengandung anak pertama.

Punca kemalangan masih dalam siasatan manakala mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Motosikal ditunggangi mangsa merempuh belakang treler.