Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan menjalankan Kajian Persepsi Pengguna Jalan Raya Terhadap Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Teksi Motosikal bermula hari ini (29 Ogos) hingga 7 Sept ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Miros pada Rabu, kajian yang dilakukan secara dalam talian melalui pautan http://its.miros.gov.my/kajianteksimotosikal/ itu menyasarkan penunggang motosikal dan orang awam bagi mengenal pasti tahap penerimaan pengguna jalan raya terhadap kebolehlaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini yang meliputi aspek keselamatan jalan raya, perundangan, aliran trafik, ekonomi, keselamatan sosial, kesihatan, budaya serta peralihan mod pengangkutan.
"Hasil dapatan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.
"Oleh itu, orang awam dijemput untuk menyertai kajian ini bagi menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia," kata kenyataan itu.
Pelaksanaan kajian itu adalah susulan daripada keputusan Jemaah Menteri pada 21 Ogos lepas yang bersetuju supaya perkhidmatan ride-hailing berasaskan motosikal dibenarkan dalam melaksanakan Proof Of Concept (POC) di negara ini.
Bagaimanapun keputusan mengenainya akan dimuktamadkan setelah kajian terhadap aspek-aspek penting lain dikaji terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019
Orang awam dijemput menyertai kajian bagi menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Kemenangan berganda untuk PLUS dan ELITE, diiktiraf lebuh raya sistem tertutup terbaik
Kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.
Penguatkuasaan ketat perlu untuk cegah pemandu mabuk - Lee Lam Thye
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye memuji keputusan kerajaan mengkaji semula Akta Pengangkutan Jalan untuk hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk.
Orang awam dijemput jalani kajian perkhidmatan teksi motosikal - Miros
Hasil dapatan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.
Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang perlu tegas - MIROS
Kerajaan digesa bertindak tegas dalam penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta.
Penilaian akhir LPT2 akan diumumkan minggu ini - MIROS
Keputusan penilaian akhir ke atas Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan diumumkan minggu ini, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).