Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu boleh berjaya dalam perniagaan jika mampu memperbaiki kelemahan mereka dalam pengurusan kewangan.

Bekas Perdana Menteri menjelaskan, mereka akan berada jauh di belakang jika tidak sedar dengan kelemahan yang wujud dalam diri masing-masing.

Sikap berani untuk memperbetulkan diri boleh menjadi kunci kepada kejayaan dalam perniagaan tambah beliau lagi.

Beliau berucap ketika menghadiri majlis makan malam Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) di ibu negara.

Ujarnya, pertubuhan memainkan peranan penting dalam menyuarakan dan memperjuangkan nasib usahawan berbanding bergerak secara perseorangan.

Bagaimanapun, beliau berharap golongan usahawan tidak hanya bergantung kepada pertubuhan semata-mata, sebaliknya mencari jalan sendiri untuk berjaya.