Orang ramai diminta segera melaporkan apa sahaja maklumat kes rasuah yang berlaku di tempat masing-masing tanpa ada perasaan takut kerana identiti mereka tidak akan sesekali didedahkan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata perkara itu penting bagi mengurangkan salah laku jenayah rasuah dalam negara.
"Walaupun terdapat masyarakat yang takut menyampaikan maklumat kepada SPRM kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko akan kesan laporan itu, namun mereka tidak perlu risau kerana identiti mereka tidak akan sesekali didedahkan kepada umum.
"Namun pemberi maklumat itu harus bertanggungjawab dengan maklumat yang diberikan kepada SPRM termasuk kualiti dan kesahihannya tanpa ada unsur penganiayaan terhadap seseorang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani kerjasama dan sokongan pencegahan rasuah oleh pemimpin masyarakat di Kampung Merotai Besar Tawau, dekat sini hari ini.
Mengulas mengenai program itu, Mustafar berkata ia merupakan program turun padang untuk menjelaskan peranan dan tanggungjawab SPRM kepada masyarakat.
"Dalam program ini, kita dapat mendengar pandangan masyarakat di sini tentang kerjasama di antara orang ramai dan SPRM dalam membanteras gejala rasuah," katanya.
Sementara itu, anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berharap program itu dapat memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat tentang peranan yang dimainkan SPRM.
"Saya berharap menerusi program ini masyarakat khususnya di kawasan Kalabakan dan Tawau mengetahui peranan mereka dalam menyampaikan maklumat kepada SPRM mengenai rasuah yang berlaku di kawasan mereka," katanya.
Bernama
Sun May 24 2015
MUSTAFAR: Orang ramai diminta segera melaporkan apa sahaja maklumat kes rasuah yang berlaku di tempat masing-masing tanpa ada perasaan takut kerana identiti mereka tidak akan sesekali didedahkan. - Gambar Fail
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Sindiket penipuan beli akaun keldai pada harga RM500
Jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' dilihat semakin parah sejak akhir-akhir ini apabila jumlah kerugian akibat jenayah itu dilaporkan mencecah jutaan ringgit.
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.
Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah Imigresen
Khairul Dzaimee, 47, menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang bersara daripada jawatan itu pada 31 Disember lepas.
Jamil Rakon dilantik KP Imigresen, ganti Mustafar Ali
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar rombakan besar-besaran yang dibuat pada Khamis itu merupakan proses biasa bagi perubahan jawatan dalam perkhidmatan awam.
Mustafar terajui Pusat Jenayah Kewangan Nasional
Surat arahan tersebut telah dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada beliau pada Isnin.
Amaran Jabatan Imigresen kepada majikan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Gempur pusat hiburan di Cheras, 89 warga asing ditahan
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata mereka yang terdiri daripada 73 wanita dan 19 lelaki itu ditahan anggota Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen.
Belum ada permintaan senarai hitam Zahid Hamidi - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan menyenarai hitamkan nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika terdapat permintaan pihak berkuasa.
23 individu warga China ditahan di pusat hiburan di Cheras
Seramai 23 individu warga China ditahan dalam serbuan Ops Gegar yang dijalan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini.
Warga Syria ditahan reman selama 14 hari
Pihak imigresen kini sedang bekerjasama dengan Kedutaan Syria bagi proses menghantar pulang Hassan Al Kontar.