P. Pinang sasar 20,000 pelawat ke Perayaan Warisan George Town

P. Pinang sasar 20,000 pelawat ke Perayaan Warisan George Town
Program tahunan selama tiga hari di George Town itu menyaksikan 22 bengkel komuniti interaktif disusun bagi memperkenalkan aneka tradisi dan acara budaya di sini. - Foto: www.mypenang.gov.my
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menyasarkan kunjungan kira-kira 20,000 pelawat ke Perayaan Warisan George Town Edisi ke-11 tahun ini, berlangsung mulai hari ini hingga 8 Julai.

Dengan tema "Let's Celebrate -- Rituals and Festive Events", Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata program tahunan selama tiga hari itu telah menyusun 22 bengkel komuniti interaktif bagi memperkenalkan aneka tradisi dan acara budaya di sini.
"Menerusi bengkel interaktif itu, masyarakat setempat akan berinteraksi dengan orang awam menerusi pelbagai bentuk aktiviti seperti majlis hari jadi, majlis pra-perkahwinan dan perkahwinan itu sendiri," katanya kepada pemberita semasa lawatan tinjauan pada hari pertama sambutan perayaan itu.

Terdahulu, beliau bersama anggota exco negeri, Anggota Parlimen dan anggota dewan undangan negeri melawat bengkel-bengkel di perayaan itu diuruskan oleh George Town World Heritage Incorporated (GTWHI).

-- BERNAMA

Tag: perayaan warisan george town, george town, tradisi, warisan, pelancongan, budaya, ketua menteri, chow kon yeow


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.