Pulau Pinang membenarkan solat fardu berjemaah, solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan solat jenazah bukan pesakit COVID-19 serta aktiviti kuliah disertai bilangan jemaah mengikut keluasan ruang solat masjid dan surau, mengambil kira jarakan sosial satu meter.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata bagi solat berjemaah, solat jenazah dan aktiviti kuliah, kebenaran itu berkuat kuasa esok, sementara solat Jumaat bermula 26 Jun ini dan solat sunat Aidiladha pada 31 Julai.
"Solat fardu berjemaah, Jumaat dan Hari Raya Aidiladha ini terbuka kepada ahli kariah dan orang awam yang berusia 15 hingga 70 tahun sahaja. Jemaah berusia 71 tahun ke atas yang sihat boleh hadir solat, tetapi tidak digalakkan, sementara yang berusia 15 tahun ke bawah tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata kebenaran diberi kepada jemaah yang tidak bergejala COVID-19 seperti demam, batuk dan selesema manakala mereka yang berisiko tinggi dan mudah mendapat jangkitan penyakit seperti warga emas, penghidap penyakit asma dan kronik tidak dibenarkan hadir ke masjid dan surau.
"Bagi solat jenazah bukan pesakit COVID-19, kebenaran hanya untuk ahli keluarga si mati dan ahli kariah manakala bagi solat Jumaat mestilah tidak kurang 40 jemaah yang memenuhi syarat wajib Jumaat serta mereka berstatus warganegara Malaysia dalam kalangan ahli kariah dan orang awam," katanya.
Beliau berkata kuliah atau ceramah dibenarkan selepas solat fardu Maghrib hingga masuk waktu solat fardu Isyak setiap hari, manakala kuliah atau ceramah selepas solat fardu Subuh serta solat Asar hanya dibenarkan setiap Sabtu dan Ahad, terhad kepada 20 minit.
Katanya ruang musafir khas dibenarkan untuk masjid atau surau bermula 6 pagi hingga 9.30 malam.
Ahmad Zakiyuddin berkata ibadat korban juga turut dibenarkan namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Semua keputusan itu dibuat selepas penelitian dan perbincangan oleh semua pihak berkaitan termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAPP), Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan negeri, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 23 2020
Bagi solat berjemaah, solat jenazah dan aktiviti kuliah, kebenaran itu berkuat kuasa esok, sementara solat Jumaat bermula 26 Jun ini dan solat sunat Aidiladha pada 31 Julai. - Gambar hiasan
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.