Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini pada Ahad atas kesalahan membaling lesung batu selain mengugut mahu membunuh bapanya dalam kejadian yang berlaku di Kuala Besar, 26 Julai 2019 lalu.
Hukuman berkenaan diputuskan Majistret Kamarul Hasyime Rosli terhadap tertuduh Mohamad Syamrizal Mohd Salleh, 23, selepas dia mengaku salah terhadap tuduhan yang dikemukakan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 29 Julai 2019.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai nelayan itu didakwa membaling lesung batu dan mengambil kapak untuk menetak bapanya yang berusia 65 tahun sambil mengugut 'aku bunuh mu' di sebuah rumah pada jam 2.30 petang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengamuk selepas ditegur oleh ibunya kerana nasi yang tumpah dan ditegur pula oleh bapanya.
Secara tiba-tiba tertuduh mengambil lesung batu dan membaling ke arah bapanya namun nasib baik berjaya dielak.
Tertuduh kemudian mengambil kapak dan cuba menetak bapanya itu bagaimanapun dihalang oleh adiknya sebelum dia meninggalkan rumah.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya.
Timbalan Pendakwa Raya, Gayathri Sambath pula memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
“Kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius dan tindakan membaling lesung tersebut boleh menyebabkan kecederaan kepada bapanya.
“Saya mohon hukuman yang dapat memberi keinsafan kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.
Sinar Harian
Sun Aug 04 2019
Mohamad Syamrizal dijatuhi hukuman penjara dua tahunatas kesalahan membaling lesung batu selain mengugut mahu membunuh bapanya. -Gambar hiasan
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Padah baling lesung batu dan ugut bunuh bapa, lelaki dipenjara 2 tahun
Tertuduh mengamuk selepas ditegur oleh ibunya kerana nasi yang tumpah dan ditegur pula oleh bapanya.