Padah rogol, acu gunting di leher pengantin baharu, pemuda dihukum penjara 24 tahun

Padah rogol, acu gunting di leher pengantin baharu, pemuda dihukum penjara 24 tahun
Tertuduh yang hanya memakai seluar dalam dan bertopeng merogol mangsa dengan mengugut dengan meletakkan gunting di leher mangsa. - Gambar fail/SINAR HARIAN
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 10 sebatan keatas seorang penganggur  atas pertuduhan merogol dan merompak  seorang pengantin baharu tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Yusof Othman, 28,  dari Dungun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.

Bagi kesalahan dibawah seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan kerana merogol, tertuduh dihukum penjara 18 tahun dan 8 sebatan.

Manakala bagi kesalahan dibawah seksyen 392 Kanun yang sama tertuduh dijatuhi hukuman penjara 6 tahun dan 2 sebatan.

Muhammad Yusof didakwa merogol  mangsa, berusia 30 tahun semasa menceroboh masuk ke rumah sewa mangsa.

Kesalahan dilakukan  di Paka, Dungun, kira-kira jam 5.40 pagi, pada 5 Oktober tahun lalu.


Tertuduh yang hanya memakai seluar dalam dan bertopeng  merogol mangsa dengan mengugut dengan meletakkan gunting di leher mangsa.

Tertuduh  kemudiannya mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga termasuk sebuah telefon bimbit.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan berasingan bermula dari tarikh tangkapan pada 21 Januari  2019.

Kes dikendali Timbalan Pendakwaraya,  Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Tag: Kuala Terengganu, Pemuda, rogol, penjara, Mahkamah Sesyen, Paka, rogol pengantin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.