Kerajaan negeri Pahang bercadang untuk mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan pampasan bagi kawasan hutan simpan dan hutan rezab hidupan liar yang digunakan sebagai kawasan tadahan air untuk mensejahterakan rakyat luar dari Pahang.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia melibatkan kawasan seluas satu juta hektar yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kos lepas yang tinggi.
"Sementara itu untuk Empangan Kelau yang 'dikorbankan' untuk membekalkan air menerusi projek pemindahan air mentah Pahang Selangor (PPAMPS), kerajaan negeri kerugian hasil pembalakan, miniral, premium tanah sawit dan cukai tanah melibatkan kawasan seluas 33,000 hektar.
"Saya ingin tegaskan bahawa bagi kawasan hutan simpan yang digunakan kawasan tadahan air, kos melepas yang terpaksa ditanggung RM16.4 bilion, manakala untuk kawasan Empangan Kelau, kos melepas yang ditanggung adalah RM692 juta.
"Jadi jumlah keseluruhan kos melepas yang ditanggung ialah RM17.1 bilion, sehubungan itu kita akan berjumpa dengan kerajaan persekutuan untuk meminta jumlah ini ditolak daripada hutang kerajaan negeri sebanyak RM3.17 bilion," katanya pada persidangan penggal kedua Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
DEWAN-PAHANG (TUNTUTAN) 2 (AKHIR) KUANTAN
Beliau berkata demikian kepada ketika menjawab soalan tambahan oleh Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis) yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri bercadang untuk menuntut pampasan tertentu dari kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah hutang yang ditanggung sebelum ini.
Sementara itu Wan Rosdy turut memaklumkan kepada anggota dewan bahawa kerajaan negeri juga telah menghantar permohonan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghapus kira pinjaman bagi projek bekalan air luar bandar sebanyak 60 peratus daripada jumlah pinjaman semasa.
Menurut beliau surat permohonan itu telah dikemukakan pada 25 Okt tahun lepas dan untuk baki pinjaman kerajaan negeri yang tidak dihapus kira, akan diambil alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) .
"Sebagai balasannya kerajaan negeri akan memindahkan aset tak alih yang nilai bersamaan dengan jumlah pinjaman yang diambil alih oleh PAAB bagi tempoh 45 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Yong Syefura Othman (DAP-Ketari) yang mahukan penjelasan berhubung maklumat terkini tentang langkah penstrukturan hutang kerajaan negeri.
Wan Rosdy berkata hutang bekalan air kerajaan negeri akan distrukturkan semula menerusi penstrukturan semua industri perkhidmatan bekalan air negeri Pahang dan ia adalah tertakluk kepada terma-terma tawaran daripada kerajaan persekutuan serta rundingan bersama.
Bagaimanapun setakat ini, katanya kerajaan negeri masih belum menerima tawaran ini daripada kerajaan pusat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2019
WAN ROSDY: "Saya ingin tegaskan bahawa bagi kawasan hutan simpan yang digunakan kawasan tadahan air, kos melepas yang terpaksa ditanggung RM16.4 bilion." - Gambar fail/BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.
Belanjawan 2024: Perlu agresif tingkatkan pendapatan lebih berkesan - Pakar Ekonomi
Rajah berpendapat, kerajaan dilihat tidak mempunyai strategi untuk menambah pendapatan secara berkesan.