Sebanyak 63 kawasan di Wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air sementara hari ini ekoran kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Dataran Ukay, Hulu Klang, di sini.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata, kerja pembaikan paip bersaiz 600 millimeter itu sedang giat dijalankan dan dijangka siap hari ini juga.
"Kawasan yang terjejas adalah Kampung Pasir; Taman Kelab Ukay; Taman Bukit Mulia; Taman Sering Ukay; Tinjani Ukay; Taman Ukay Seraya; Taman Ukay Tropika; Taman Beverly Height; Taman Bukit Jubina; Taman Pinggiran Ukay; seluruh Taman Bukit Antarabangsa; Taman Wangsa Ukay; Taman Bukit Mewah; Taman Bukit Utama; Taman Bukit Jaya; Taman Puncak Bukit Utama; Kampung Sungai Sering; Taman Villa Sri Ukay; Taman Sri Ukay dan Taman Hill View," menurut kenyataan itu.
Kawasan lain yang turut terjejas adalah Bukit Madona Hulu Kelang; Taman Ukay Height; Taman Ampang Jaya; Kuala Ampang; Hotel Flamingo; Hospital Ampang Puteri; Taman TAR; Hill Side Estate; Kampung Dato Mufti; Taman Ampang Indah; Taman Bukit Indah; Taman TTDI Jaya Bukit Indah Ampang; Taman DAR; Taman Ampang Utama; Kampung Melayu Ampang; Taman Grandview Ampang; Kampung Baru Ampang; Bandar Baru Ampang; Apartment Mesra Ria dan Apartment Mesra Prima.
Kawasan lain ialah Apartment Mesra Villa; Taman Kosas; Taman Rasmi Jaya; Taman Uda Jaya; Taman Perwira Ampang; Taman Sri Ampang; Taman Watan; Taman Halaman Kesuma; Taman Dagang Permai; Taman Bukit Ampang; Kampung Muhibah Ampang; Ampang Waterfront; Aeon Big Ampang; Kampung Tasik Permai; Kampung Ampang Indah; Kampung Indah Permai; Kampung Ampang Campuran; Taman Faizura Ampang; Taman Permai Jaya Ampang; Kampung/Taman Tasek Tambahan; Taman Sri Bayu Ampang; Taman Sri Baru Ampang; dan Pasar Kampung Tasik Permai.
Bekalan air akan dibuka sejurus kerja-kerja siap dengan pemulihan keseluruhan kawasan terlibat adalah secara berperingkat.
Syabas berkata bantuan lori tangki air digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberi kepada pengguna kritikal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 30 2018
Sebanyak 63 kawasan di Wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air sementara hari ini ekoran kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Dataran Ukay, Hulu Klang, di sini. -Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami
Berang kerana wang RM5,000 yang diminta untuk pulang ke kampung tidak diberi, seorang wanita warga Indonesia bertindak mengugut dengan mengacu pisau ke muka suaminya.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Cemburu dipercayai punca lelaki maut dalam letupan
Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun itu ditahan di Serdang, Kedah, malam Selasa.
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Lorong kecemasan bukan untuk berhenti sesuka hati dan ambil gambar pemandangan!
MPAJ sita pasu bunga, kon diguna untuk cop parkir
Barangan terbabit dipercayai digunakan sebagai 'penanda' cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.
Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis
Lima buah rumah di dua lokasi berasingan di Ampang Jaya di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat petang semalam.
Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar
Perkara yang perlu diberi perhatian kini adalah cara untuk mencegahnya daripada berlaku termasuk insiden besar seperti di Ampang itu.
Diculik, dipukul kerana gagal bayar hutang
Seorang lelaki warga asing diculik dan dipukul kenalannya dua hari lalu kerana gagal bayar hutang.