Fenomena ribuan kerang terdampar di Pantai Mempisang, Tanjung Gemuk, Rompin dan Pantai Sura, Dungun, Terengganu minggu ini tiada kaitan dengan tsunami seperti tanggapan sesetengah pihak.
Menurut Dekan Fakulti Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar, kejadian itu sebaliknya berkait rapat dengan ombak besar dan kejadian hakisan pantai.
"Disember tahun lepas di Pantai Mempisang juga dilaporkan tentang kejadian kepah naik ke pantai dan ketika itu berlaku ombak besar bersama hujan lebat.
"Begitu juga kejadian yang sama pada tahun ini di Pantai Sura dan Pantai Mempisang, ia berkait dengan faktor angin monsun yang kuat berserta ombak besar ditambah dengan hakisan pantai.
"Ia menyebabkan spesies kerang berbulu ini yang hidup berhampiran pantai bercampur sedikit lumpur terdampar ke pantai disebabkan arus pengangkut yang kuat," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.
Menurutnya spesies kerang berbulu, nama saintifiknya Anadara Spilula, adalah hidupan biasa yang boleh didapati berhampiran pantai dan turut mempunyai kaitan dengan spesies kerang lain seperti Anadara Granosa, Anadara Indica dan Anadara Inequiualuis.
"Jika hendak dikaitkan dengan petanda tsunami seperti yang berlaku di Pulau Pinang pada Disember 2004, ia berbeza kerana kebiasaannya sejam sebelum kejadian itu air laut akan surut luar biasa menyebabkan banyak spesies ikan laut terdampar di pantai," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita yang tidak tepat berhubung fenomena tersebut.
Bernama
Mon Feb 15 2016
Spesies kerang berbulu adalah hidupan biasa yang boleh didapati berhampiran pantai dan turut mempunyai kaitan dengan spesies kerang lain.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Air pasang merah di Sabah: Penduduk Labuan dinasihat elak makan kerang-kerangan
Langkah itu susulan pengesanan fenomena air pasang merah berhampiran perairan Sepanggar.
Nelayan lemas terjatuh dari sampan ketika cari kerang
Seorang nelayan yang dinaikinya ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis, malam ini.
Fasa 2 PPN: Tanjung Kepah kembali dipenuhi peminat kerang, siput
Biarpun pengunjung datang bertali arus bersama baldi dan sekop kecil, mereka tetap tidak mengabaikan pematuhan SOP.
Kerang mati dan busuk, penternak dakwa kerugian RM700,000
Pencemaran selut dilaporkan berlaku dikawasan ternakan seluas 28.33 hektar selepas projek mendalamkan sungai di kawasan berkenaan dijalankan.
Ikan, kerang dari perairan Johor selamat dimakan - Jabatan Perikanan Negeri
Ramai keliru dengan notis yang dikeluarkan pihaknya berhubung kemunculan Ledakan Alga Berbahaya (HAB) di perairan Selat Tebrau.
Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor
Menurut Pengarah Perikanan negeri Johor Noraishah Hashim, HAB tidak berlaku di keseluruhan perairan Negeri Johor.
Melaka bakal perkenal 'kupang manis'
Tunggu kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum projek dimulakan di perairan Pernu.
Jangan risau fenomena kerang di Pulau Ketam - Bomba
Fenomena seumpama itu akan berlaku setiap kali air pasang mula menjadi surut di kawasan berpasir seperti pulau nelayan itu.
Pontian sebagai hab kerang negara
Dengan harga kerang boleh mencecah RM30 sekilo, jabatan itu berhasrat memaju dan mengembangkan lagi potensi industri hiliran hasil laut berkenaan sekali gus menjana pendapatan yang lebih lumayan.
Cubaan seludup kerang guna kereta berasingan gagal
Tindakan tiga lelaki tempatan menyeludup keluar 67 guni yang mengandungi kerang ke negara jiran gagal apabila ditahan anggota AKSEM Kedah.