Kerajaan Pakatan Harapan berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan lepas yang telah gagal memegang amanah yang diberikan oleh rakyat, kata Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini.
Katanya beliau bersama-sama dengan Pakatan Harapan boleh dijatuhkan oleh rakyat jika melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan agama.
"Kalau saya yang menipu, beritahu. Saya boleh dijatuhkan. Begitu juga wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu boleh disingkirkan jika mereka gagal memegang amanah mereka," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke-29 Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi di sini.
Menurutnya kerajaan dahulu yang didakwanya mencuri duit rakyat, tidak segan silu mengaku duit berkenaan halal dan menggunakannya untuk menghantar rakyat mengerjakan haji.
"Bagaimana duit ini boleh dikatakan halal dan diberikan untuk membuat haji jika ia hasil daripada yang dicuri," katanya.
Dr Mahathir berkata konsep amanah ini juga penting dalam pengurusan koperasi kerana ia menentukan jatuh bangunnya organisasi itu.
Katanya sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan koperasi perlu menjalankannya dengan penuh ikhlas dan beramanah.
"Apa sahaja kerja yang diberikan perlu dijalankan dengan amanah. Jangan ambil hak orang. Syarikat (koperasi) akan maju dan dapat kekal kerana sentiasa memperoleh keuntungan," katanya.
Sementara itu, pengerusi koperasi itu, Juhari Bulat berkata mereka mampu menjana keuntungan yang membolehkan anggota-anggotanya menikmati dividen 10 peratus setiap tahun sepanjang 30 tahun lepas.
Juhari yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat berkata koperasi itu kini merancang untuk memulakan keusahawanan resort selepas berjaya mengusahakan stesen minyak, kilang tar, hotel dan kedai motosikal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 30 2018
Dr Mahathir bersalaman dengan orang ramai semasa hadir pada majlis perasmian mesyuarat Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi Berhad di De Baron Resort, Kuah hari ini. --fotoBERNAMA
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Break The Siege: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Wartawan Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla di mana Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan Misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024.
Perkembangan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun
Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6.00 petang tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23, 24 Oktober
Pendengaran rayuan Datin Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah di Mahkamah Rayuan ditetapkan dua hari bermula 23 Oktober.
Promoter dipenjara 10 tahun, denda RM6,000
Seorang promoter wanita dihukum penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah air panas ke atas seorang lelaki kurang upaya (sindrom down) dalam kejadian di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas Jumaat lalu.
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.