Kerajaan Palestin berterima kasih kepada Malaysia atas kerjasama yang diberikan Kementerian Kesihatan negara ini dalam membantu mencari kaedah terbaik menangani pandemik COVID-19 di negara berkenaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini berkata kerajaan Palestin turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan kit kesihatan yang dihantar ke negara itu pada Mei lepas.
Menurutnya langkah itu telah bermula apabila Menteri Kesihatan kedua-dua negara mengadakan sidang video bagi membincangkan kerjasama berkenaan baru-baru ini.
"Dalam pertemuan saya dengan Duta Besar, kami membincangkan pelbagai perkara membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin termasuk peranan yang boleh dimainkan kedua-dua pihak dalam memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin, dari sebarang bentuk penindasan," katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.
Perdana menteri menegaskan hubungan akrab Malaysia dan Palestin terus diperkukuh dan kerajaan Malaysia kekal dengan komitmennya menyokong dan memperjuangkan hak Palestin di pentas dunia.
"Walid Abu Ali juga mengambil maklum, Malaysia berpendirian tegas dalam membawa suara dan hak Palestin di platform antarabangsa seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan organisasi antarabangsa lain.
"Pertemuan ini adalah pertama kali sejak saya dilantik sebagai Perdana Menteri. Duta Besar itu turut menyerahkan perutusan terima kasih serta ucapan Hari Raya Aidiladha daripada Presiden Mahmoud Abbas kepada saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 10 2020
Perdana menteri menegaskan hubungan akrab Malaysia dan Palestin terus diperkukuh dan kerajaan Malaysia kekal dengan komitmennya menyokong dan memperjuangkan hak Palestin di pentas dunia.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
OIC kutuk pembunuhan beramai-ramai berterusan Israel di Gaza
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang tragis dan berterusan oleh Israel di Gaza.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza
Serangan udara di Rafah menyebabkan kerosakan pada khemah, namun jumlah kemalangan nyawa masih belum dapat disahkan.
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
AS siasat pencabulan hak asasi manusia oleh Israel
Antony Blinken mengesahkan AS sedang dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh tentera Israel di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza Freedom Flotilla: Setiap peserta akan diwakili peguam dilantik FFC
Ia sebagai persediaan bagi membantu setiap peserta sekiranya mereka ditahan oleh tentera rejim dan dipenjarakan.
Gaza Freedom Flotilla: Keselamatan peserta misi diberi keutamaan - FFC
Sebelum memulakan pelayaran, FFC akan memberi taklimat keselamatan khusus buat peserta mengenai aspek keselamatan lain dengan lebih terperinci.