Palestin tidak bergantung semata-mata kepada Amerika Syarikat (AS) bagi bantuan kewangan kerana banyak lagi negara yang menjadi penaja bantuan kepada negara itu.
Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar Al Agha berkata Palestin menerima bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China.
"Kami (Palestin) tidak bergantung kepada AS untuk dana dan jika mereka (Amerika Syarikat) memutuskan untuk menghentikan daripada menghantar bantuan kepada kami, maka ada negara lain yang bersedia untuk menaja bantuan kepada kami.
"Palestin mempunyai banyak negara sahabat dan kami berunding dengan mereka mengenai isu kami," kata beliau kepada Bernama dalam temubual melalui telefon, di sini pada Rabu.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump awal hari ini berkata AS mungkin menyekat bantuan kewangan kepada Palestin jika mereka tidak bersedia untuk meneruskan rundingan damai.
Ketika ditanya berapakah bajet tahunan Palestin dan berapakah bajet itu yang meliputi bantuan asing, Anwar tidak memberi anggaran sambil berkata ia berubah bergantung kepada bidang-bidang yang memerlukan banyak bantuan.
"Bajet utama yang diperlukan ialah bagi pembinaan semula rumah dan bangunan, diikuti pembangunan ekonomi dan pendidikan," kata beliau.
Ketika ditanya pendapatnya apabila menerima bantuan kewangan daripada negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China, Anwar berkata rakyat Palestin menghargai sepenuhnya bantuan daripada kedua-dua gergasi Asia itu.
"Kami amat gembira dan menghargai semua bantuan dan sokongan daripada Jepun dan China," tambah beliau.
Jepun dan China telah menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dengan memberi bantuan bernilai berbilion-bilion dan muncul sebagai perantara baharu dalam proses perdamaian antara Israel dan Palestin dikenali sebagai "Menuju ke Arah penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2018
Palestin amat gembira dan menghargai semua bantuan dan sokongan daripada Jepun dan China. - Gambar fail Bernama
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.