Orang ramai kini boleh mengimbau kembali pengkisahan dan detik bersejarah negara semasa zaman kemerdekaan menerusi Pameran Jalan Merdeka yang diadakan di Carcosa Seri Negara.

Pameran tersebut dibuka secara percuma kepada orang awam setiap hari sepanjang September bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Bertemakan 'Meniti Laluan-Laluan Menuju Kemerdekaan Pada 31 Ogos', pameran memaparkan pelbagai artifak sejarah di samping acara lain termasuk tayangan dokumentari dan persembahan seni.



Pada masa sama, Astro AWANI turut menganjurkan kempen 60 Jalan Merdeka bagi mengimbau peristiwa yang berlaku sepanjang bulan kemerdekaan 60 tahun lalu.

BACA: 60 Jalan Merdeka