Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memulakan tugas pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas (13) persidangan Dewan Rakyat dengan menyaksikan upacara mengangkat sumpah dua ahli parlimen baru dipilih, Datuk Hasan Arifin dari Barisan Nasional (BN) yang memenangi pilihan raya kecil Rompin 5 Mei lepas.

Manakala seorang lagi ahli parlimen yang mengangkat sumpah hari ini ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR yang memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 7 Mei lalu.

Nama Pandikar Amin menjadi sebutan pada Sabtu lepas setelah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu meletak jawatan.

BACA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Upacara angkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh diadakan di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

BACA: Tun M dakwa Pandikar Amin letak jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat

BACA: Pandikar tepis kenyataan Tun Mahathir, masih Speaker Dewan Rakyat

Dalam program Bicara Negara di Ipoh, Perak, Dr Mahathir mendakwa Pandikar Amin menemuinya dan memberitahu beliau tidak sanggup lagi untuk meneruskan tugas.

Namun beberapa jam selepas pengumuman itu dibuat, Pandikar Amin menerusi satu kenyataan media menafikan beliau meletak jawatan.