SEHARI sebelum dan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, negara dikejutkan dengan insiden pembelian panik oleh segelintir masyarakat.
Penulis sendiri tidak pasti apakah asas yang menyebabkan pembelian panik ini harus dilakukan. Falsafah atau “fatwa” ekonomi daripada profesor, ilmuan atau sarjana manakah yang diguna pakai.
Atau tingkah laku ini hanyalah ikut-ikutan atau pengaruh daripada gelagat pengguna daripada negara lain. Atau ianya hanyalah lahir daripada kenyataan-kenyataan sensasi oleh golongan warganet.
Pada pandangan penulis, pembelian panik beberapa hari yang lepas adalah tidak wajar dilakukan kerana pihak kerajaan telah memberi jaminan bahawa bekalan barangan kawalan dan keperluan adalah mencukupi.
Tahukah wahai rakyat Malaysia yang disayangi bahawa tingkah laku panik ini boleh memburukkan lagi keadaan ekonomi. Masih ingatkah kalian semua kepada krisis kewangan Asia 1997?
Terdapat dua pandangan yang diutarakan oleh kebanyakkan ahli ekonomi di dalam menerangkan mengapa negara-negara Asia (termasuk Malaysia) terkesan teruk akibat daripada krisis berkenaan.
Pertama, kelemahan struktur asas ekonomi negara-negara berkenaan. Kedua, tingkah laku panik oleh pelabur akibat jangkaan dan kehilangan keyakinan ke atas pasaran.
Tingkah laku panik oleh pelabur ini didapati menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan ekonomi Indonesia dan Korea Selatan semasa krisis 1997.
Tahukah kalian bahawa pembelian panik beberapa hari yang lepas boleh memudaratkan situasi ekonomi semasa. Pertama, pembelian dalam kuantiti yang banyak oleh sebahagian besar pengguna dalam satu-satu masa akan mendedahkan kepada manipulasi pasaran. Harga akan cenderung meningkat apabila bekalan barangan yang ada tidak mencukupi untuk menampung permintaan pembelian panik. Peningkatan harga perlu dielakkan ketika rakyat sedang berdepan dengan kekangan kewangan.
BACA SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU BERHUBUNG COVID-19
Kedua, pembelian panik boleh menjejaskan aliran tunai isi rumah. Dalam situasi pertengahan bulan dan dalam keadaan sebahagian rakyat diberi cuti tanpa gaji, isi rumah sepatutnya bijak menguruskan perbelanjaan mereka.
Ketiga, pembelian panik ini boleh menjejaskan peluang orang lain untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga normal terutamanya golongan berpendapatan rendah. Pemerhatian penulis beberapa hari yang lepas mendapati banyak barangan keperluan telah habis di kedai-kedai dan pasaraya dan telah berlaku peningkatan harga daripada kebiasaan. Ini akan membebankan mereka yang berpendapatan rendah.
Dalam keadaan situasi negara sedang “berperang” dengan wabak Covid-19, seluruh rakyat Malaysia perlu bertenang dan ikuti arahan daripada pihak berkuasa. Jangan ambil apa-apa langkah “panik” yang boleh memburukkan lagi keadaan. Cukuplah dengan insiden pembelian panik yang berlaku beberapa hari yang lepas.
* Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari adalah pemegang ijazah PhD daripada University of Groningen, the Netherlands. Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Universiti Putra Malaysia.
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Thu Mar 19 2020
Tingkah laku panik oleh pelabur ini didapati menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan ekonomi Indonesia dan Korea Selatan semasa krisis 1997. - Gambar fail
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.