Pelancong-pelancong asing yang memasuki negara melalui laluan Terminal Penumpang Antarabangsa dan Terminal Kapal Cruise akan dipantau.

Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan media berkata, langkah itu diambil sebagai kesiapsiagaan menghadapi potensi penularan jangkitan koronavirus di jeti dan pelabuhan negara.

Pemantauan itu akan dilakukan oleh Jabatan Laut Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah atau Negeri serta Pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan.

"Kemasukan bot layar dari China akan dimaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Negeri serta Pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan," katanya pada Rabu.

Jabatan laut, Malaysia, coronavirus


Dalam kenyataan sama, Jabatan Laut Malaysia menegaskan, pihaknya akan memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan jika pelabuhan terakhir kapal itu dari China.

"Sekiranya ada kes, kapal akan dikuarantin di kawasan kuarantin sebagai contoh Perairan Pintu Gedong untuk Selangor," katanya.