Jam Parlimen telah dihentikan pada awal Khamis bagi membolehkan ahli-ahli Dewan Rakyat membahas Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 (LRA).

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan usul hentikan jam Parlimen setelah menyatakan bahawa ‘bahasan LRA mungkin memakan masa’.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan bahawa jam Dewan Rakyat akan dihentikan pada 12 tengah malam hari Khamis, 10 Ogos.

LRA dibacakan untuk kali kedua setelah pembangkang menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai pindaan Seksyen 88A dalam RUU LRA ini.

Seksyen 88A menyatakan bahawa agama seseorang kanak-kanak harus kekal sama walaupun terdapat pertukaran agama pada salah seorang ibu atau bapanya sehingga umur kanak-kanak ini mencecah 18 tahun.

Ahli pembangkan Dewan Rakyat inginkan agar pindaan untuk Seksyen 88A dikeluarkan dari RUU LRA ini.